Tuesday 19 July 2011

~DOA dan TUHAN~

Cuba bayangkan
....dalam satu malam yang gelap, di bilik atau di rumah, maka kita pun bangun malam.."oh, pukul 4 pagi baru, da lama rasanya aku tak menadah tangan tngah2 malam ni.." wudhu diambil, dari kepala hingga kaki. maka bertakbir lah dan sujud serta memaling kanan dan kiri sambil menyebut "assalamualaikum warahmatullah....." lalu, tangan diangkat, dan berkumat-kamitlah bibir mengucapkan sesuatu ...bila dilihat..eh, bercakap ngan siapa tu? bisik sorang2 pulak...eh,nape menangis tu? siapa yang buat dia? kan dia sorang2 tu... 
Dan ditekup lah muka itu dan menyapu ke seluruh anggota badan..seolah-olah terhasilnya suatu cahaya yang membalut ke seluruh badan yang disapu itu....Nampak ke cahaya tu?
"Moga2 ALLAH makbulkan doa aku..."

DOA? 
Apa sebenarnya rasa doa itu apabila dihayati? dirasai? bercakap sorang2 sampai keluar air mata?..dan lama-kelamaan apa yang diminta itu dapat !!! 
 Sebenarnya, mereka yang tidak mengenali apakah “DOA” itu akan turut tidakn membayangkan apa kah keyakinan yang mereka akan capai daripada hajat itu, dan lantaran itu lah muncul spekulasi-spekulasi tertentu yang mengatakan bahawa “alah, ko berdoa pun apa dapat…usaha saja lah yang penting..ko duduk 24 jam mengadap sejadah sambil menangis meminta-minta  pun tak akn dapat juga kalau anggota ko tu tak bergerak langsung..ko tengok, orang-orang lain macam kawan kita tu, doa dia bukan kita nampak pun, tapi semangat dia bekerja tu yang kita tengok sekarang ni yang hebat…”
Suatu persoalan yang cuba difikirkan kita bersama. Doa dan usaha itu perlu lah bergerak dengan seiring supaya ianya dicapai atas perancangan manusia dengan izin ALLAH juga.Tetapi kebanyakan manusia dalam usaha seharian hidupnya (muhasabah diri sendiri juga) pernah kah kita memperuntukkan banyak masa juga kepada ALLAH? Apakah selama apa yang kita kerjakan seharian2 ini tidak lah lain dan tidak bukan hanyalah kita memperoleh rezeki2 daripada segala2nya yang ALLAH berikan kepada kita juga..
Tidak kah kita fikirkan bahawa bila kita mengerah keringat kita dalam usaha dan di sampng KETETAPAN DOA DALAM HATI kita itu lah pencetusnya kepada KEPEROLEHAN SESUATU KEIZINAN daripada ALLAH semoga apa yang usaha itu sampai kepada matlamatnya?
Tidak kah kita yakin dengan ayat-ayat ALLAH yang MUKJIZAT ini?
“Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. Dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya[769]. Dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka” (QS. 13 : 14).

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2 : 186).

Jika kita sekali lagi berfikir di mana kah kemamupuan diri kita sebagai manusia yang MENGHENDAKI sesuatu itu terjadiberbanding kuasa ALLAH yang MAHA BERHAK MEMASTIKAN SESUATU ITU MENJADI……dengan doa lah senjata bagi menggerakkan usaha kita supaya bermohon agar usaha itu menjadi matlamatnya.
Cuba kita bertanya dalam diri kita bersama…..”sejauh manakah hati aku dalam benar-benar meyakini KUASA DOA ini…..”
Setiap apa yang diciptakan itu ada falsafahnya tersendiri.....suatu hikmah yang tersembunyi dan hakikatnya dirasai apabila seseorang itu dapat mengalaminya sendiri. Dan bagi yang mengalami nya , dia lah yang layak menceritakan dengan apa yang dirasainya.....Jadi, apakah yang tersembunyi di sebalik DOA?
1.         Dengan doa itu menunjukkan rasa penyerahan diri manusia kepada ALLAH bahawa tidak lain melainkan ALLAH yang MAHA BERKUASA dalam mengizinkan atau tidak mengizinkan sesuatu itu kerana manusia merancang dan ALLAH juga merancang, dan ALLAH adalah SEBAIK PERANCANGAN.
2.         Suatu “tali ikatan” yang berhubung dalam menguatkan hubungan manusia dengan ALLAH dan menunjukkan sememangnya hati ini hanya beriktikad bahawa hanya kepada ALLAH tempat memohon segala sesuatu.
3.         Dalam usaha kita merendahkan diri kepada ALLAH ketika berdoa, ia menunjukkan bahawa kesetiaan kita dalam beribadah dan menjalankan urusan harian kita atas redha dan rahmat ALLAH kerana sikap rendah diri dan tidak sombong kepada ALLAH SWT
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (QS. 40 : 60).
4.         Dengan berdoa, setiap kehidupan mendapat “perhatian” daripada ALLAH kerana amalan kita yang sentiasa mengutamakan ALLAH dalam memohon dan berusaha ke atas sesuatu, maka ALLAH akan mengutamakan dan mempermudahkan urusan kita dalam kehidupan seharian.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2 : 186).
Dan berbagai-bagai lagi yang kita dapat peroleh dengan da ini.
Dalam sebuah link ditulis:
"Selain akan memberikan ketenangan, doa juga akan menghidupkan gairah batin dalam aktifitas otak manusia, dan terkadang pula akan menggerakkan hakikat kepahlawanan dan keperkasaan. Doa akan menampakkan karakternya dengan indikasi-indikasi yang sangat khas dan terbatas dalam diri setiap orang. Doa akan menampakkan kejernihan pandangan, keteguhan perbuatan, kelapangan dan kebahagiaan batin, wajah yang penuh keyakinan, dan potensi hidayah. Demikian juga, ia menceritakan tentang bagaimana menyambut sebuah peristiwa. Ini semua merupakan wujud sebuah hazanah harta karun yang tersembunyi di kedalaman ruh kita. Dan di bawah kekuatan ini, hatta orang-orang yang mempunyai keterbelakangan mental dan minim bakat sekalipun, akan mampu menggunakan kekuatan akal dan moralnya dan mengambil manfaat yang lebih banyak darinya. Ironisnya, di dunia kita ini sangatlah sedikit orang-orang yang mengenal hakikat doa."—sumber dari:

Bila dikaji dan diungkap dalam alam ini, tidak lari daripada sikap manusia yang meyakini sesuatu yang bersikap tampak dan jelas dengan mata kasar baru lah ianya diyakini. Maka kebanyakan kepada perkara2 yang bersifat metafizik tidak lah dipandang serius dan hanyalah dianggap sebagai perkara yang enteng. Bila dikaitkan dengan hal perihal doa yang termasuk dalam suatu yang bersifat jangkauan dalam iktikad dalam hati. Maka itulah sebab kehadiran ayat-ayat al-Quran beserta hadis2 Nabi SAW untuk membimbing manusia dalam mengenali ALLAH melalui ciptaanNYA dan lain-lain lagi di mana menguatkan lagi keimanan kita kepada ALLAH.




Friday 15 July 2011

23 Hari Penuh Keperitan.....(Part 3)

"Ibu, dah la tu. kalau asyik nangis je lagi la tak semangat ayah tengok..." pujuk yang lain sambil memegang bahu ibu. Sambil menyeka air mata ibu mencelah, " ibu yang tak sampai hati tu bila ayah ko cakap 'kalau tahun ni tak larat pergi Mekah, ganti lah dengan kakak, atau upah orang lain'..ibu nak gi ngan ayaah..!!" raung ibu di luar wad sambil mengesat mata yang tak henti2 mengalirkan air. Sementara itu, kaki ayah yang dibedah tempoh hari , dikorek buku lali itu dibalut dan dicuci pada setiap pagi untuk dijaga kebersihannya.

 


Masing-masing termenung memikirkan nasib ibu. Yela, mana tak nya, ini lah peluang pertama ibu dapat kumpul duit ngan ayah untuk mendaftar lagi bagi haji, setelah tahun2 sebelum ni ditolak dan tak dapat..kalau kali ni dapat, tapi ayah sakit, maka tak dapatlah lagi mengangkat kaki menjejak di bumi  an biya; tu....kami faham~ " sabar lah bu, insyaALLAH kita semua berdoa...dan perancangan baik itu hanya bagi ALLAH...." masih memujuk........

                                     *   *   *
Hari ini, ibu kat rumah, angah dan kakak kerja...maka tinggal lah aku sorang menjaga ayah. memandang ayah yang memakan roti hospital yang sememangnya tahu, faham2 je lah makanan orang kencing manis, "apa pun tak bleeyy" ....selesai makan, maka doktor2 datang seperti biasa melihat perkembangan buku lali ayah yang dibedah....tapi hari ini lain dari yang biasa...Muka mereka nampak berkerut dan memusing belakang berbincang satu sama lain...Nape pulak ni?? aduuii~

"Melihat perkebangan kaki pesakit ni, ayah awak amat sensitif untuk makan2 selain dari apa yang kita beri. Dan kita lihat terdapat sel-sel mati kat buku lali mula tumbuh pada luka. ini sebab penjagaan kebersihan dan faktor pemakanan juga..Kencing manis ni sensitif dik...kalau kita tak buang, ia akan merebak dan jika ia merebak ke dalam tulang , lagi bahaya dan akan dipotong....jadi sebagai pencegahan awal, kami minta kerjasama wakil untuk membenarkan kami menjalankan cucian sel-sel mati, buku lali ni akan kita buka sikit dan kais sel-sel mati ...itu je..sakit sikit je.."
Aku bangun dan merasa tak selesa, memandangkan aku dah lihat ayah dah mula tak nak...." memandangkan operation ayah saya dulu, dia mengadu yang pada tempoh hari terlalu sakit walaupun dah di bius..macam mana ni doktor?? macam mana dengan jaminan"
Kesian doktor tu aku pressure dia, "kami buat yang terbaik dan ini untuk kesihatan ayah awak juga...baik lah, kami akan penuhi permintaan awak dengan menambah bius yang secukupnya..." nasihat doktor tu.


Aku lihat sendiri bagaimana doktor itu menggunakan pisau tajam untuk membuka kulit kaki ayah dan mengais sel-sel mati....aduuihhh!!! YA ALLAH, periiit....aku menoleh ayah di sebelah dan melihat mulut ayah terkumat-kamit berselawat dan memejam mata erat2 menahan peritnya kaki dibedah lagi....




Huuuuuhhh...Haaahhh....ayah masih tabah meneruskan perjuangan dan dalam masa yang sama doktor itu khusyuk membuang kekotoran pada kaki ayah yang dirasakan bakal mengundang yang lebih buruk lagi pada masa akan datang jika tidak dicegah....."sikit lagi ye pak ciik..." pujuk doktor itu memaksa senyum kepada ayah..Aku faham bahawa tugas mereka bukanlah mudah dan memerlukan keringat yang banyak demi membantu masyarakat. 

Setiap pekerjaan di dunia ini merupakan fardhu kifayah dan ada kalanya fardhu ain, ini menunjukkan bahawa ALLAH meletakkan bahawa manusia adalah aset dalam melaksanakan setiap pekerjaan yang bermanfaat kepada masyarakat dan setiap kelemahan pada sesuatu bidang akan dirujuk kepada pakar dalam bidang tersebut dan begitulah seterusnya menunjukkan bahwa manusia saling mempunyai kelemahan dan memerlukan antara satu sama lain. Maha Hebat ALLAH mentadbir alam semesta dan segala isi di langit dan bumi......

"fuuuuuhhh....pak cik, dah selesai~" keluh doktor itu setelah selesai membalut kaki ayah dan proses pembedahan sel2 mati selama lebih setengah jam itu....."pak cik, jaga pemakanan dan kesihatan. Kencing manis ini amat bahaya....dan selepas ini pada hari2 lain kita akan cek keadaaan usus dan buah pinggang ...kalau elok, dalam 2 minggu lagi kita akan bawa pulang..tapi kalau pak cik tak jaga, kami terpaksa tahan lagi lah.Ini kena ada dalam diri pak cik sendiri motivasi untuk berubah...memang kita tidak menafikan, ROKOK membawa tiga serangkai dalam penyakit sekali ia menyerang... kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang...bila mula kencing manis ia akan kesan pda buah pinggang yang tak boleh mampu nak proses air, sebab terlalu tinggi gula dalam badan....kencing manis juga akan sekali dan seiring dengan darah tinggi dan asap rokok ini lah akan menyebabkan luka pda usus pak cik yang berdarah tu serta jantung yang tak seimbang....ingatlah pak cik ye...." nasihat doktor itu penuh simpati dan berlalu meninggalkan kami....

                                                       *   *   *


Setelah 23 hari berlalu dan ayah telah pun dibawa ke rumah, kadang-kala asyik termenung bila duduk2 minum petang di pangkin dapur......mengenang nasib selama ini yang perit jerih di Hospital.


Ini kena ada dalam diri pak cik sendiri motivasi untuk berubah...memang kita tidak menafikan, ROKOK membawa tiga serangkai dalam penyakit sekali ia menyerang... kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang...bila mula kencing manis ia akan kesan pda buah pinggang yang tak boleh mampu nak proses air, sebab terlalu tinggi gula dalam badan....kencing manis juga akan sekali dan seiring dengan darah tinggi dan asap rokok ini lah akan menyebabkan luka pda usus pak cik yang berdarah tu serta jantung yang tak seimbang....ingatlah pak cik ye..

Kami berasa bersyukur kepada ALLAH....ALLAH masih menghendaki hajat ibu untuk bersama ayah ke Mekah dan mudah2 an ALLAH memberi kemudahan pada kami, pada mereka dan pada kita semua... 


















suasana HTAR, KLANG yang diambil dari tingkat 5
















Antara kakitangan hal ehwal Islam HTAR yang melawat dan menerangkan kaifiyat solat ketika sakit.


 














Keadaan kaki selepas pembedahan pertama

















rawatan cucian dan balutan harian


















susana yang suram dan penuh penantian....



YA ALLAH, ENGKAU MAHA BERKUASA ATAS SETIAP SESUATU...ENGKAU YANG BERHAK MEMBERI KESAKITAN DAN ENGKAU JUGA YANG BERKUASA MENYEMBUHKAN KESAKITAN...YA ALLAH, DENGAN UJIAN YANG MENIMPA INI, TITIPKAN LAH HATI KAMI AGAR SENTIASA BERSYUKUR KEPADA MU YA ALLAH...SELAMA KAMI DI HOSPITAL, TIDAK LAH KAMI BERPUTUS ASA MELAINKAN HANYA MEMINTA-MINTA PADA MU YA ALLAH AGAR MEMPERMUDAHKAN URUSAN KAMI....

YA ALLAH, JAUHKAN LAH KAMI DANBERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK MENJAUHI PERKARA2 YANG MEMBAWA KEPADA PENYAKIT, BINASA, DOSA2 KECIL MAHUPUN BESAR ...KAMI TAHU YA ALLAH...KEPERITAN INI MERUPAKAN ANTARA UJIAN DAN PENGAJRAN YANG ENGKAU BERIKAN TIDAK LAH LAIN MELAINKAN UNTUK MENDIDIK AKAL FIKIRAN KAMI UNTUK BERPUTAR MENCARI HIKMAH DI SEBALIK APA YANG ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI.....KERANA ENGKAU LAH MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA......amiin~




Thursday 14 July 2011

23 Hari Penuh Keperitan.....(Part 2)


16 JUN 2011

"ayah, ayah tak boleh minum air. Doktor suruh puasa"..pujuk aku melihat ayah meronta-ronta nak capai air mineral di sebelah katil.."dah, 3 hari dah tak minum langsung..mana laa ayah larat~" keluh ayah bila melihat aku mengambil air tu dan menjauhakan darinya. Nak buat macam mana, kalau ayah minum..tak boleh lah nak jalan dialisis nanti. Dah lama ayah merenung air tu, lama-kelamaan ayah terlelap. Adui, kesian ayah....tak boleh2.kena tegas~

8.45 malam."pak cik, pak cik..nak buat dialisis ye...." nurse mengejutkan ayah yang baru 10 minit tidur. Ayah mengangguk tanda setuju. " ayah awak ni kan kena kencing manis, buah pinggang dan pendarahan usus, jadi kita nak buat ujian pembersihan darah buah pinggang" tambah nurse.

Maka dibawa lah mesin apa dialisis yang hampir sebesar mesin ATM tu. dan dicucuk jarum di sebelah buah pinggang ayah.....Aaaarrgghhh!! ayah mula mengerang kesakitan bila jarum mula menusuk masuk ke pinggul ayah. Aku dah jadi tak sampai hati lalu menutup mata berdoa.....Ya ALLAH, permudahkan lah urusan ayah ku~

***
Setiap hari tidak dilupakan untuk diambil darah ayah untuk dilihat perkembangan kesihatan ayah dan setiap kali tusukan jarum itu lah membuatkan ayah memejam mata erat-erat, mengerang dan tangan berpaut kuat pada baju aku....




Lawatan daripada rakan-rakan dan saaudara-mara tak pernah putus dan mendoakan agar ayah sentiasa sihat seperti sedia kala. Moga ALLAH membalas dengan kehendakNya kerana doa2 mereka amat besar bagi mendidik motivasi kami.

"Assalamualaikum..." sap seorang wanita dan lelaki dewasa kepada katil ayah.."waalaikumusalam" dan salam dihulur serta disambut dengan salam dan senyuman. " kami ni dari wakil hal ehwal Islam HTAR dan kita datang ni nak melawat pesakit-pesakit Islam untuk kita bertanya kabar dan perkembangan"...terang wanita itu kepada kami.



Mereka turut menerangkan bagaimana kaifiyat solat dan mengambil wudhu' cara orang sakit. "InsyaALLAH pak cik, walau bagaimana cara sekali pun ujian ALLAH pada kita, namun amanah solat itu lah menunjukkan bahawa kita hamba yang mencari kesetiaan kepada ALLAH.." 
..terang dua orang itu dengan teliti.  Ya betul, ALLAH menguji hambaNya itu untuk melihat sejauh mana tahap kesyukuran hamba itu kepadaNya......

Selesai sedikit sembang, dan buah tangan dihulur kepada ayah serta harapan dari pihak HTAR moga2 ayah cepat sembuh....

YA ALLAH...tabahkan lah hati kami melalui ranjau2 dan ujian sepanjang kami di sini....Engkau lah Maha Sebaik Perancangan....

                                    (bersambung)..

Wednesday 13 July 2011

23 Hari Penuh Keperitan.....(Part 1)

10 JUN 2011

"Ngah, tolong laa...kaki ayah dah merekah tu, ko bawak je gi hospital..kalau jage kat umah pun mana ada peralatan macam kat klinik tu..." suara kakak dari gagang telefon UIA gombak mendesak angah kerana tak tahan melihat keperitan kaki ayah sampai tak boleh berjalan...akhirnya, kami akur dan membawa ayah ke hospital untuk pemeriksaan.

---------dah agak dah, kompem kena tahan------------------------

tak pe lah ayah, adik jage lah....malam2 pun adik tdur sini jugak macam dulu" nasihat aku supaya dapat tenteramkan ayah yang sememangnya tak suka duduk hospital, tapi apa kan daya, bukan tak nak jaga..cuma tak lengkap ubat macam kat hospital..maka HOSPITAL SABAK BERNAM MENJADI DESTINASI PERTAMA.....menolak kerusi roda ayah, membawa ke bilik air, mengelap badan pagi2 dan lain.semuanya itu dilakukan bergilir-gilir dan bertukar ganti menjaga ayah.namun rekod kesihatan seolah-olah buruk ,kandunagn darah semkain rendah dan kadang-kala ayah sesak nafas pada jam 4 pagi...sehinggalah~


14 JUN 2011 5.00 petang

"Doktor.....doktor....!! tolong cek ayah saya jap" panggil ibu kerana kali ini ayah sesak nafas yang agak teruk...kandungan darah semakin rendah.

"suami awak nie dah rosak buah pinggang sebelah..dan mengalami pendarahan dalam usus..sebelum ni awak ade appoinment yang tak pergi ke? ini sebab kita ade kan pemeriksaan buah pinggang..tengok sekarang dah rosak" jelas Doktor itu..."tym tu saya ade kursus guru, dan adik2 saya kerja dan belajar. tak ada siapa yang dapat hantar. dan kami tak sangka pula jadi serius macam ni.." kesal angah sambil melihat ibu yang dah lama menangis sambil mengurut-urut dada ayah...

"Jadi, ayah awak kena dibawa ke Klang sebab di sini tak ada doktor pakar....." dengan segera jam 7 malam ayah dibawa dengan van kecemasan diiringi ibu dan kami bertolak dengan kereta tetapi pulang ke rumah dahulu untuk mengambil pakaian...

"aku dah agak dah ngah, mesti da kena bawak klang punya..." sambil bersembang dalam perjalanan bersama abang aku membelah malam.

"assalamualaikum ustaz, saya ust faiz. saya nak mintak cuti kecemasan esok boleh ust? sebab ayah saya sakit kencing manis....haa?? apa?? owwh..kami dalam perjalanan ke hospital kelang...ok2 ust insyaALLAH , trima kasih ust, asslamaulaikum...." tit! 

"macamana nak contact ibu, dik..ibu dah la tak de handset..adui...Ya ALLAH, bantu lah kami...." kereta terus laju ke klang dan terus menuju ke HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG...



sampai di sana, kami terus mencari ibu yang tak tau ada kat mana..."kita terus ke bahagian KECEMASAN"....maka kami bergegas mencari kalau-kalau ada kelibat ibu kat situ, terus masuk ke wad ZON KUNING (separa kritikal)..........ALHAMDULILLAH ayah ada kat situ.ayah mengangkat tangan kpada kami.....YA ALLAH nasib baik jumpa..rasa nak mengalir air mata tengok nasib macam ni ..tapi malu lak kat tengah2 orang ramai....tapi, mana ibu??

"Ngaaaahh!!".........kami menoleh ke belakang, terkejut melihat ibu meluru mendapatkan kami dengan muka keletihan "nasib baik la, jumpa..hadui tak tau lah nak jumpa siapa..ibu tak tau pulak yang ko nak ikut..." muka ibu risau bercampur letih.." laa, kan kitorang da cakap nak ikut naik kereta. " balas angah sambil lap peluh ibu.."abis, sekolah ko camne esok?"..."tak pe..ngah da mintak cuti dah..." lega hati ibu akhirnya dapat jumpa kami di dalam hospital yang besar tu....."nak tido mana malam ni??" ibu membuka soalan ketika berjalan menaiki kereta untuk solat dan makan."tido dalam kereta je lah, bu...nanti malam2 ngah tengok2 kan ayah.tengah kritikal ni doktor tak bagi kacau, macam tadi kitorang kena halau sebab ganggu.." ibu pun diam....

dalam hati aku, mula termenung....Hai, sampai bile laa ayah kat sini....YA ALLAH.....

                               (bersambung.....)

Saturday 11 June 2011

~Di Kala Malam itu.......DIA "melihat" Kita~

Fuuuhh~ baru 3 pagi. Subuh pun lambat lagi nih....malam sejuk2 lagi, mata kuyu2 lagi.."adui, nak bangun ke idak haa....kang da basah2 (wudhuk) susah plak nak sambung tidur..." lalu, ditarik lah selimut tu sambung tidurnyaa.......

"Yes!!! senang je kerja kita!! ko "kencingkan" je mata dia tu...layu lah dia nak mengadap TUHAN..hahaha" mungkin itu lah yang disorakkan syaitan-syaitan dan iblis demi nak menyesatkan dan melalaikan cucu-cicit Adam....sebagaimana yang disumpahkan oleh mereka di hadapan Allah SWT.

 (sekadar hiasan.sumber:/www.google.com.my/search?q=orang+tahajud/images)

"Iblis menjawab : "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raf : 16-17)


Adui, kalah lagi kita dengan syaitan ni!!.....kita pun kata kita cinta kan Allah SWT, tapi apa sumbangan kita dalam membangunkan siar Islam...persediaan dalam diri kita..belum lagi kita katakan cukup kita mencintai Allah...
Bila dikatakan rasa suatu pengorbanan kita yang semahunya menunjukkan kecintaaan kita kepada Allah SWT...salah satu usaha untuk kita (muhasabah diri sendiri) ...ialah..bangun sedikit masa kita pada malam hari untuk mengadu apa-apa sahaja kepada Allah, di kala manusia lain lena tidur bersama mimpi mereka...



“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

Mendidik hati ini untuk berkorban ke jalan Allah, maka kecintaan yang tinggi kepada Allah SWT adalah penting untuk disemat dalam jiwa setiap manusia...apa kah kita tidak menyedari bahawa kita sentiasa dalam perhatian Allah setiap masa dan ketika, bayangkan lah jika Allah tidak mahu "mengendahkan" kita lagi..........ALLAH....

 
“Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).
Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang salih.
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.” 
                                                                                                                          (Ali Imran: 113 – 115)

                          (sekadar hiasan.sumber:/www.google.com.my/search?q=orang+tahajud/images)

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu – pada hari akhirat – ditempat yang terpuji.” 
                                                                                                                          (Al Isra: 78-79)



Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit dunia, dan berseru: “Siapa yang memanggil-Ku, maka Aku pun akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepada-Ku, Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya.” 
                                                                                         (HR Bukhari, Malik, Muslim dan Tarmizi)


“Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Pernah diceritakan seorang sahabat kepada Rasulullah s.a.w., bahawa ada seseorang yang sepanjang malam tertidur lena, tidak pernah bangun sedikitpun untuk solat. Rasulullah menjawab: “Telinga orang itu telah di kencing oleh syaitan.” 
                                                                                         (HR Bukhari, Muslim dan Nasa’ie)


*sumber ambilan nas:  
http://www.ammaridris.com/fadhilat-qiamullail-mengikut-al-quran-as-sunnah


tak yakin kah lagi kita dengan janji Allah? masih ego kah lagi kita ..ayuh saudara semua(muhasabah diri sendiri).... mari kita merendahkan diri kepada Allah dengan memenuhi salah satu tuntutan iaitu..memperuntukkan  masa di malam hari untuk bersama Allah SWT...itu lah antara waktu2 terbaik Allah mendengar rintihan hamba2Nya........ALLAH,bantu lah kami yang lemah ini.....

                              (sekadar hiasan.sumber:/www.google.com.my/search?q=orang+tahajud/images)

Sunday 5 June 2011

~Mereka Juga Ada Perasaan~





Tragis kan? gambar ini diambil sewaktu berjalan-jalan pagi di kampung, tiba2 aku ternampak ada kucing mati kena langgar dengan kenderaan......adui~ kesiannya....haiwan yang seindah rupa dicipta oleh Allah mati dilanggar oleh manusia yang kurang prihatin.....saksikan lagi video ini......




bila direnung keadaan kucing tersebut..apa lah kitaran hidupnya yang hidup mencari makan,tidur dan bermain..tetapi suatu anugerah yang paling hebat adalah ianya menjadi suatu simbolik KASIH SAYANG yang ALLAH mahu tunjukkan kepada manusia yang berakal.....




خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ
 
وَأَنزَلْنَا مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ.


Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. [Luqman 31:10]


Ini ada satu kisah yang ingin aku kongsi kan kepada saudara-saudara.....seorang rakan ku ini Namanya biarlah aku gelarkan dia dengan nama "Ali" (bukan nama sebenar). Dia seorang rakan yang baik kepada orang lain dan rajin menolong jika ada dalam kesusahan. Aku juga rajin datang ke rumahnya  jika ada masa lapang...dan jika dilihat banyak juga haiwan di rumah yang dibela oleh keluarganya seperti ayam, kucing, lebu...biasa lah...orang kampung.....tapi, ada 1 perkara yang jika dikenang, aku rasa benda tu meamng tak patut~

"Aku paling benci bila tengok kucing !! ko bayangkan sapa tak panas bila aku turun dapur je, kucing tu dah mengaruk (menceroboh) makanan2 dalam tudung saji...peeehh!!! aku pun apa lagi..hambat ar dengan penyapu...!!" 
Memang kadang-kala aku melihat gayanya bila menghambat kucing tu memang lagaknya dendam yang termat sangat...tambahnya lagi~

"puas hati aku!!"

Hadui....manusia ini memang berakal boleh fikir mana yang baik dan maan yang buruk....binatang mane la tau....siap disepak lagi...kesian juga....aku juga kadang-kala pernah juga nasihatkan dia jangan siksa binatang,dosa.....tapi,dendam tu memang memadamkan terus angin kesabarannya.......sehinggalah pada suatu hari~

" Pak cik, Ali ada kat dalam?"
"Oh..masuklah..dia tak larat nak keluar"
tak larat? aku pun terus masuk, bila dilihat dia sedang mengerang kesakitan...kakinya bengkak-merah-cair nanah-macam gout!!..Ya Allah kenapa nie......? dalam hati aku berbisik(cas) .....KAFARAH ke?...

Ada hikmahnya tu...kesakitan itu menghapuskan dosa-dosa kecil. Tapi, bila dipandang dari sudut lain....haiwan pun ada kuasa untuk berdoa kepada Allah SWT...semua hidupan berdoa kepada ALLAH.....ingat bahawa, apabila kita berbuat baik kepada haiwan sekali pun...maka ALLAH "merakam" kebaikan itu untuk ganjaran di akhirat.....renungkan untuk kita~


اتَّقُوا اللَّهَ فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا صَالِحَةً وَكُلُوهَا صَالِحَةً.
Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik. [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – no: 23]



دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no: 3318]


Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:
بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ فَنَزَعَتْ مُوقَهَا
فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ.
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]

 (sumber ambilan nas-nas : ,http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-5/tajuk%206.htm)


Ingatlah wahai saudara ku sekalian (muhasabah diri sendiri), usahlah memandang enteng kepada haiwan yang disangkakan tiada manfaat pun kepada manusia kerana doa mereka itu adalah makbul....kerana hidup mereka tiada taklif yang diletakkan dan mereka itu sentiasa bertasbih memuji ALLAH~~kita? yakinkah kita ke syurga?

Wednesday 1 June 2011

Saat itu Matanya Mengalir Bila Mengenangkan........."IBU"~

(sekadarhiasan...sumber://th01.deviantart.com/fs24/300W/f/2007/360/a/8/Doa_Ibu_untuk_aku_by_dekazure.jpg)

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Mulakan perasaan kita dengan menonton ini......





cuba kita ambil sedikit masa (muhasabah diri ini juga)...sebak kah kita menonton video ini?....insan yang menjerit.....bermandi darah demi melahir dan memebesarkan kita....apakah tidak dipandang jasa itu.?
membawa jasad ke hulu dan ke hilir selama 9 bulan tanpa sedikit pun rasa jemu walaupun beban itu tetap beban...tapi perasaannya."ini lah yang akan membela aku suatu hari nanti...yang akan mandikan aku suatu hari nanti...yang akan menguruskan aku suatu hari nanti....." YA ALLAH ..jadikan lah anak ini anak yang soleh..moga2 segala apa yang aku bawa ini membawa kebaikan kepada ku juga suatu hari nanti.."

mungkin inilah yang sentiasa terdetik dalam hati seorang ibu dalam usaha yang penat lelah membesarkan kita....

"eh!!!! dah jemu lah aku dengar !!! asyik benda yang sama jee...!! hadoii~"

betol!! memang dah biasa dengar!! tapi pernah x kita buat?!! pernah ke lepas sembahyang kita fikir tentang ibu ayah kita...? bagaimana kita dibesarkan dengan sempurna.....

wahai sahabat2 sekalian......jika kita tahu betapa besarnya pengorbanan itu...menangis merangkaklah kita menuju pada kasih sayang itu......

muhasabah diri kita...........menangis kah kita? tonton video ini........

YA ALLAH.........kami hanya anak-anak yang sering menderhakai orang tua kami....YA ALLAH.....kami menyesal YA ALLAH......kami menyesal.....ibu, maafkan kami ibu....ayah...maafkan kami ayah.....kami tak kan hantar ke rumah orang2 tua.....ibu.......maafkan kami.....ayah~YA ALLAH bantulah kami yang serba kekurangan...hanya ENGKAU YANG MAHA SEMPURNA....amin~

Saturday 28 May 2011

Air Mata itu Ada RahmatNya.......

Lama-lama jadi sayu juga bila terbaca tajuk 15: ALLAH AKAN MENGGANTIKAN YANG LEBIH BAIK karangan Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam penulisannya: LA TAHZAN~ Dalam karya teesebut beliau merungkai beberapa penulisan  yang apabila diperhati dan dihayati, inysaAllah hati akan terketuk menegenangkan sesuatu dalam diri kita seperti mana yang dapat dipetik dalam karya beliau:

"Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantikan nya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya...."

Ambil sedikit masa kita sekalian (muhasabah diri juga) untuk kita berhadapan atau mengalami atau mendengar situasi seperti ini....

           (sekadar hiasan..sumber:http://www.google.com.my/search?q=orang+menangis)
  • "aduh.....dah usaha dah result stil rendah..letih jugak nak usaha camne lagi ni.....fed-up pun ada"
  • "rasa dah takde daya lagi dah nak teruskan hidup ni bila ibu dah takde....ibuuuu~ kalaulah ibu ada lagi......."
  • situasi dalam suami isteri...." saya dah fed-up hidup susah dengan abang macam ni tau tak!! bosan!! awak tu tak mampu nak tanggung keluarga lagi!! hari-hari hidup susah macam ni......hhhhhiiiisssyyhhh!!!
Selalu juga kita kadang-kala merempan atau terlalu sedih yang melampau terhadap sebarang perkara buruk yang berlaku dalam hidup kita....sedarkah kita bahawa adakalanya ALLAH mahu menguji hidup kita.......
"Dialah yang Maha Kuasa yang berbuat sekehendak-Nya."
                                                                 (surah al-Buruj ayat 16)

(sekadar hiasan..sumber: /www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=577&tbm=isch&sa=1&q=air+mata+palestin+images )

seperti mana yang diterangkan lagi dalam karya beliau dirumuskan bahawa kita juga dapat melihat situasi seperti ibu yang mencuba dirinya untuk bersabar di ats kehilangan anaknya,  segala kesabaran itu...YAKINLAH~HIKMAH TERDAPAT DI SITU JIKA KITA MEMAHAMINYA......

adalah lebih baik jika sesuatu yang berlaku ke atas kita...kita menyambutnya dengan ucapan innalillah wa inna ilaihi rajiuun...

(sekadar hiasan .....sumber: /www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=577&tbm=isch&sa=1&q=air+mata+palestin+images )

Segala yang berlaku itu yakinlah bukanlah Allah membenci kita...tetapi Allah menyayangi kita dengan diberikan ujian sedemikian..lalu kita bersabar dan redha, IMAN itulah HADIAH bagi kita membawa menuju ALLAH untuk menjadi bekalan dan harapan kita untuk menggapai syurga Allah SWT.....


"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan"
                                                           ( surah Ra'd ayat 24)

Thursday 26 May 2011

Itu "Daging" Saudara Kita.....





Eh? apa ni? daging manusia!!! Ya Allah ngerinya.....digigit daging itu sehingga terpercik darah dan nanah  ke muka dan kita terus -menerus memakan, mengunyah....dan menelan terus ke dalam badan lalu berulang-ulang sepertimana asalnya. Dilakukan tanpa kerelaan kita tapi anggota itu bergerak melapah daging-daging tersebut..........Ya Allah takuuut....~ape motif gambar nie?

saudaraku......hayati sabda Rasulullah SAW ini:

Daripada Anas r.a. katanya, Rasullah bersabda :

"Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya : Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain".


Hadis riwayat Abu Daud. 

Ya Allah~ takutnya aku Ya Allah...takut tetap takut saudara sekalian....jom kita ambil masa sejenak(muhasabah diri ini juga).......jawab dalam hati kita dengan ikhlas ~

  • " aku memang tak suka la dia tu.....mulut dia memang lancang kalau marah-marah orang. apa dia ingat sedap2 ke nak marah orang!! telinga pun capang bajet perfect lak....BO*** punye orang!"...pernah dahulu kita pernah terfikir dan meneyebut seumpama ini??
  • "adui...sem ni banyak ar asingment lecturer bagi..lagi2 subjek *********...dia tak pikir ke kita nie ade prasaan nak bagi kerja2 sedap2 dia je..yang dia lepak2 kat umah.pastu dah tak bekenan..campak! elok ar tu....peeeerrgghh!! "
  • "ala...da budak tu kedekut ko nak heran lagi buat pe......ko tengok nanti dia bukan senang pun nanti..."
  • .....atau apa-apa yang seumapama dengan nya...
aduii....dalm sehari cuba kita ambil masa sedikit(selepas solat biasanya) berapa banyak kita dah "MAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI"........

gambar ini belum tergambar sedikit pun bagaimana azab manusia di akhirat akibat mengumpat.....kita pun baru tengok gambar2 nie dan kita pun mula rasa ngeri..loya...azab....ini hanya gambar di dunia saudara2 ku sekalian.....di akhirat yang sebenar malah lebih hebat dan tidak terjangkau dek akal sekalipun untuk difikirkan di sini..........


walaupun gambar-gambar ini hanya sebagai hiasan dan tiada kaitan dengan apa yang dimuhasabahkan, tapi jika kita hayati hadis Rasulullah SAW.......YA ALLAH......ampunkanlah kami~ (muhasabah diri juga).........


“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)

YA ALLAH......SESUNGGUHNYA KAMI INI HAMBA2 YANG SELALU MELAKUKAN KESALAHAN..INILAH BUKTI LEMAHNYA KAMI YA ALLAH........MAKA BANTULAH KAMI YA ALLAH....TETAPKANLAH KAMI PADA JALAN YANG BENAR DENGAN RAHMAT DAN INAYAH MU YA ALLAH~