Saturday 28 May 2011

Air Mata itu Ada RahmatNya.......

Lama-lama jadi sayu juga bila terbaca tajuk 15: ALLAH AKAN MENGGANTIKAN YANG LEBIH BAIK karangan Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam penulisannya: LA TAHZAN~ Dalam karya teesebut beliau merungkai beberapa penulisan  yang apabila diperhati dan dihayati, inysaAllah hati akan terketuk menegenangkan sesuatu dalam diri kita seperti mana yang dapat dipetik dalam karya beliau:

"Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantikan nya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya...."

Ambil sedikit masa kita sekalian (muhasabah diri juga) untuk kita berhadapan atau mengalami atau mendengar situasi seperti ini....

           (sekadar hiasan..sumber:http://www.google.com.my/search?q=orang+menangis)
  • "aduh.....dah usaha dah result stil rendah..letih jugak nak usaha camne lagi ni.....fed-up pun ada"
  • "rasa dah takde daya lagi dah nak teruskan hidup ni bila ibu dah takde....ibuuuu~ kalaulah ibu ada lagi......."
  • situasi dalam suami isteri...." saya dah fed-up hidup susah dengan abang macam ni tau tak!! bosan!! awak tu tak mampu nak tanggung keluarga lagi!! hari-hari hidup susah macam ni......hhhhhiiiisssyyhhh!!!
Selalu juga kita kadang-kala merempan atau terlalu sedih yang melampau terhadap sebarang perkara buruk yang berlaku dalam hidup kita....sedarkah kita bahawa adakalanya ALLAH mahu menguji hidup kita.......
"Dialah yang Maha Kuasa yang berbuat sekehendak-Nya."
                                                                 (surah al-Buruj ayat 16)

(sekadar hiasan..sumber: /www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=577&tbm=isch&sa=1&q=air+mata+palestin+images )

seperti mana yang diterangkan lagi dalam karya beliau dirumuskan bahawa kita juga dapat melihat situasi seperti ibu yang mencuba dirinya untuk bersabar di ats kehilangan anaknya,  segala kesabaran itu...YAKINLAH~HIKMAH TERDAPAT DI SITU JIKA KITA MEMAHAMINYA......

adalah lebih baik jika sesuatu yang berlaku ke atas kita...kita menyambutnya dengan ucapan innalillah wa inna ilaihi rajiuun...

(sekadar hiasan .....sumber: /www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=577&tbm=isch&sa=1&q=air+mata+palestin+images )

Segala yang berlaku itu yakinlah bukanlah Allah membenci kita...tetapi Allah menyayangi kita dengan diberikan ujian sedemikian..lalu kita bersabar dan redha, IMAN itulah HADIAH bagi kita membawa menuju ALLAH untuk menjadi bekalan dan harapan kita untuk menggapai syurga Allah SWT.....


"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan"
                                                           ( surah Ra'd ayat 24)

Thursday 26 May 2011

Itu "Daging" Saudara Kita.....





Eh? apa ni? daging manusia!!! Ya Allah ngerinya.....digigit daging itu sehingga terpercik darah dan nanah  ke muka dan kita terus -menerus memakan, mengunyah....dan menelan terus ke dalam badan lalu berulang-ulang sepertimana asalnya. Dilakukan tanpa kerelaan kita tapi anggota itu bergerak melapah daging-daging tersebut..........Ya Allah takuuut....~ape motif gambar nie?

saudaraku......hayati sabda Rasulullah SAW ini:

Daripada Anas r.a. katanya, Rasullah bersabda :

"Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya : Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain".


Hadis riwayat Abu Daud. 

Ya Allah~ takutnya aku Ya Allah...takut tetap takut saudara sekalian....jom kita ambil masa sejenak(muhasabah diri ini juga).......jawab dalam hati kita dengan ikhlas ~

  • " aku memang tak suka la dia tu.....mulut dia memang lancang kalau marah-marah orang. apa dia ingat sedap2 ke nak marah orang!! telinga pun capang bajet perfect lak....BO*** punye orang!"...pernah dahulu kita pernah terfikir dan meneyebut seumpama ini??
  • "adui...sem ni banyak ar asingment lecturer bagi..lagi2 subjek *********...dia tak pikir ke kita nie ade prasaan nak bagi kerja2 sedap2 dia je..yang dia lepak2 kat umah.pastu dah tak bekenan..campak! elok ar tu....peeeerrgghh!! "
  • "ala...da budak tu kedekut ko nak heran lagi buat pe......ko tengok nanti dia bukan senang pun nanti..."
  • .....atau apa-apa yang seumapama dengan nya...
aduii....dalm sehari cuba kita ambil masa sedikit(selepas solat biasanya) berapa banyak kita dah "MAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI"........

gambar ini belum tergambar sedikit pun bagaimana azab manusia di akhirat akibat mengumpat.....kita pun baru tengok gambar2 nie dan kita pun mula rasa ngeri..loya...azab....ini hanya gambar di dunia saudara2 ku sekalian.....di akhirat yang sebenar malah lebih hebat dan tidak terjangkau dek akal sekalipun untuk difikirkan di sini..........


walaupun gambar-gambar ini hanya sebagai hiasan dan tiada kaitan dengan apa yang dimuhasabahkan, tapi jika kita hayati hadis Rasulullah SAW.......YA ALLAH......ampunkanlah kami~ (muhasabah diri juga).........


“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)

YA ALLAH......SESUNGGUHNYA KAMI INI HAMBA2 YANG SELALU MELAKUKAN KESALAHAN..INILAH BUKTI LEMAHNYA KAMI YA ALLAH........MAKA BANTULAH KAMI YA ALLAH....TETAPKANLAH KAMI PADA JALAN YANG BENAR DENGAN RAHMAT DAN INAYAH MU YA ALLAH~

Tuesday 24 May 2011

"Kitab" itu Tidak Berhenti "Menghidupkan" Kita.....

Imam Khusairi pernah berkata: 
"apabila kita melakukan sesuatu pada hari ini sama dan mampunya seperti mana kita lakukannya pada sebelum ini, makajanganlah mengatakan "ianya perkara biasa", melainkan dengan mengatakan "inilah peluang untuk kita bersyukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan nikmat itu pada hari ini......."

kerana jantung itu masih berdegup.......masih mengepam darah untuk ke seluruh badan.....melakukan "difusion" ke dalam blood capilaries ke seluruh badan supaya otot-otot mampu bergerak dengan adanya oksigen itu...urusan siapa semua itu???? peraturan siapa yang teliti itu...penyusunan siapa semua itu,,,,? ALLAH YANG MAHA BERKUASA~

Alhamdulillah...kita masih lagi diberi masa oleh Allah SWT ..dihidupkan jantung itu untuk hidup...bernafas serta masih dapat merasai nikmat dan kebesaran Allah SWT.....belum dihitung lagi nikmat besar Allah tatkala di syurga kelak....

"Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan.Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin.Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki.(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani."
                                                                ( Yasiin, ayat 55-58)
Rindukah kita pada syurga yang Allah janjikan itu? Ya Allah betapa besarnya nikmat MU.....

Persoalannya.....(muhasabah di sendiri juga)....selagi jantung kita masih berdenyut.....masih kurang lagi kita merenung "janji-janji" Allah SWT itu. Jemu kah kita dari mengahayati alunan suci ayat-ayat itu....

 

Kalam Allah itu sangat indah....gaya bahasa itu melembutkan hati para pendengar..."kitab" itu lah "menghidupkan" kita......menghidupkan hati-hati yang telah lama gelap...



Angkuh kah kita kepada Allah? membiarkan kitab itu terletak kemas di atas almari...dan terus berhabuk dan lapuk.....



Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:
"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."

Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun keBaitullah al-Haram."

Ayuh sahabat dan saudara sekalian (muhasabah diri juga), hidupkan kembali hati kita dengan terus-menerus membaca al-Quran...agar tidak lari diri kita daripada pandangan Allah........
Melihat al-Quran itu ada ganjaran pahalanya......
"Ya Allah, bantulah hati kami dalam menyinari hati kami dengan sinaran kalam Mu ya ALLAH....ampunkanlah kami jika selama ini kami terlepas dari sentiasa mendhidupkan "kitab" itu....kami hambaMu yang lemah yang sentiasa mengahrapkan bantuan dari Mu YA ALLAH,,,,,,TUHAN YANG MEMILIKI SEGALA KESEMPURNAAN....amiin~



Saturday 21 May 2011

Bingkisan daripada Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat.....(Ujian Itu lah Menjadikan Kita Tabah)


DOOOOOMMM!!!.........Kemungkinan beginilah bunyi  kuat daripada tanah runtuh yang menggelongsor di Rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Hulu langat serta "memeluk" sebuah khemah yang dipasang untuk sebuah majlis pada jam 5 petang sebelum tragedi tersebut berlaku pada 2.30 petang tersebut (berdasarkan media).........
Tambahan daripada media
                                      http://www.malaysiakini.com/news/164742
memberitahu bahawa usaha masih dijalankan dalam mencari beberapa mangsa yang masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut.
 




Dalam melihat dan merenung kepada tragedi tersebut, ambil sejenak masa kita untuk difikir dan muhasabah....Allah menjadikan sesuatu itu ada hikmah disebaliknya. Allah tidak memberatkan manusia itu (dengan ujian) melainkan manusia itu mampu (tabah) menempuhinya.....Mereka itu jiwa yang kuat insyaAllah..dan setiap ujian yng ditempuh diucapkan dengan Inna Lillah wa inna ilaihi Rajiuun....Kunci ini lah menjadikan bertambahnya dan meningkatkan iman manusia di sisi Allah. Mereka meredhai setiap apa yang berlaku itu adalah kekuasaan Allah dan hikmahnya?-----ketabahan mereka itulah kunci keimanan dalam menuju keakraban kepada ALLAH....

Mereka itu diuji dengan keadaan yang yatim..dan mereka redha serta tidak putus asa dalam meneruskan hidup-terus menerus melaksanakan perintah Allah..meneruskan hidup dalam keadaaan tiada bapa atau tiada ibu dan bapa....dan Allah menguji lagi supaya dianugerahkan "hadiah" itu sebagai bekalan menuju kepada ALLAH SWT......sebagaimana dalam firman ALLAH dalam surah al-Kahfi ayat 44:

"Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)."

..Renungkanlah untuk muhasabah diri kita semua......Sayangnya Allah pada hamba-hambaNya...

*al-fatihah--moga roh mereka ditempatkan bersama para shuhada' dan bersama para solehin.....*
"Allahumma Fighrlahum war hamhum wa'afihim wa'fu'anhum"

Friday 20 May 2011

Siapa Lagi Kalau Bukan Dia...

" Haa...tak terlepasnya kita dari pandangan Allah..." aku tersedar dan tersentak. Laa, tertidur rupanya aku. Sedap pulak bersandar kat tiang ni. Nasib baik  kat koridor luar huhu...aku mengesat mata mendengar semula isi kuliah yang disampaikan oleh imam. Mamai jugak subuh-subuh nie huhu...toleh kanan, ustaz rahman masih khuyuk berzikir sambil memetik butir-butir tasbih sambil matanya dipejam dan telinganya mendengar juga kuliah subuh pagi itu...

"Allah itu Maha Melihat..Mana boleh Allah terlepas dari memandang hambaNya, memerhati setiap masa, setiap ketika dan Dia juga Maha Melihat setiap makhluk dari jasmani serta rohani dan jiwa sekalian makhluknya.....inilah MURAQABAH"

Terbuka mata aku sekali lagi mendengar setiap butir ceramahnya pada pagi yang hening itu. terus aku membuka mata. Kali ini tak nak TERtidur lagi......

Ceramahnya menyayat hati apabila makmum mendengarnya. Beliau menerangkan betapa hebatnya Allah jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain....."tidak takut kah kita jika setiap maksiat yang kita lakukan masih ada yang memerhati, walaupun kita lari ke mana tempat pun yang tersembunyi......Allah mengurniakan berbagai-bagai nikmat untuk menguji iman hambaNYA sama ada syukur atau kufur.."

Betul sahabat-sahabat sekalian, jika dibandingkan kasih sayang TUHAN dengan manusia...amat jauh-jauh sekali berbeza. Setiap masa dan ketika TUHAN "memerhati" kita, "membantu" kita apabila diuji. "mengingati" kita untuk memeberikan kita apa yang terbaik untuk kita....diuji kita dengan dengan diberikan segumpal nyawa -adakah ianya berdenyut untuk setiasa menginati TUHAN. Diuji kita dengan kemampuan bernafas-adakah sepanjang nafas yang mampu menggerakkan anggota tubuh ini digunakan untuk bertahajud, tangan yang memetik-metik jari memuji TUHAN....bibir dan lidah yang basah dengan "ALLAH~"........

Bila direnung dan dikenang lagi, kita masih belum layak untuk mengatakan hati kita bahawa " Aku rasa layak, yakin aku ke syurga.." jika setiap anugerah yang diuji ini masih belum dibalas dengan kesyukuran kepada Allah SWT.

"Terima kasih ya ALLAH~terima kasih ya ALLAH~"

TUHAN, kami sentiasa lemah dalam kehdupan ini.....ampunkanlah kami TUHAN, kami hanya berharap dengan Rahmat dan Kasih sayang MU, maka dapatlah kami ini melangkah ke syurga dengan penuh syukur....merintih merayu kami hanya pada Engkau Ya ALLAH.....wahai TUHAN yang memiliki segala-galanya..............

teringat aku pada kata-kata Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam "La Tahzan...."
        "Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekelililng anda. Dan janganlah termasuk dalam golongan....."

-Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya....-
                                                                                                                                            (an-Nahl:83)


Thursday 19 May 2011

Kita lah Pewaris "khazanah" itu....

6 Mei 2011
"Boleh ke bob?" khamis terus mendesak aku dengan penuh harapan. "sebab dah tak de orang dah nak jadi hakim..ala tolong-tolong diorang, kita pun tak wat pe habis exam nie.baik kita ke sana..." tambahnya. Aku dengan rasa serba salah mengangguk kan kepala. Betul juga, balik pun ahad.Ini pun sabtu sehari je..Aku terus menelefon kawan-kwan yang lain untuk turut serta sama. dan pastinya 7.00 pagi esok mesti ada kat masjid ukm.

7.00 mei 2011
alamak! bahana tidur lepas subuh,dah terjaga jam 7 suku sebab khamis dah ada kat bilik aku.malu juga rasanya...terus juga aku bersiap-siap berkumpul di hadapan masjid ukm sebelum bertolak bersama sahabat-sahabat lain.-destinasi Maahad Tahfiz Hulu Langat. walaupun berbagai halangan dan "ujian" namun dapat juga kami sampai ke sana serta disambut dengan salam dan jabat tangan bersama pihak pngurusan tahfiz tersebut. Sementara para hakim muslimat dari kawan aku juga menjadi hakim di tmpat lain untuk pertandingan dalam kalangan muslimat hafizah

Berbagai-bagai acara dipertandingkan seprti sepak takraw, bola sepak, serta acara dalaman seperti azan, khutbah, hafazan, pidato dan syarahan serta nasyid.

Dalam pertandingan dalaman tersebut aku bersama kawan-kawan lain yang turut menjadi hakim melihat dan memerhati setiap gaya persembahan dari wakil-wakil Maahad Tahfiz dalam sekitar daerah Hulu Langat.
" kita harus mengenang..sejarah perjuangan Rasulullah SAW pada zaman baginda yang mempunyai duagaan lebih berat ...dan inilah pengorbanan baginda semata-mata untuk Islam selamanya!....." antara beberapa butir isi daripada peserta khutbah.......

beberapa peserta muazzin yang menyertai pertandingan azan sedang tekun mendengar sedikit komen serta kata-kata motivasi daripada hakim.

Sepanjang hari tersebut, persembahan yang ditunjukkan oleh peserta-peserta sangat hebat dan berpotensi dalam membawa imej Islam pada masa hadapan. Jika dilihat daripada sudut lain...kita kembali merenung sejenak, adalah suatu kebesaran dan kesyukuran kerana jika dilihat manusia hari ini (bermuasabah diri sendiri)  yang penuh dengan kelekaan ..hanyut dengan pergaulan bebas...ia menunjukkan bahawa jauhnya kita dari hati ini mengingati TUHAN.....ALLAH~tetapi Allah masih menyayangi hambaNya..dikurniakan golonga-golongan soleh dan para hufaz seperti ini untuk membawa imej mereka dan tokoh mereka yang hebat.membawa "khazanah" dan "sunnah" tersemat dalam jiwa mereka untuk membimbing kita kembali kepada Allah...Sayangnya Allah pada kita~

Jika direnungkan lagi..mereka (golongan daie)  menjadi bakal ilmuan2 Islam pada masa akan datang...marilah kita bersama-sama berdoa agar dikuatkan iman kita..menjad seperti golongan soleh..yang sentiasa memegang dan menggenggam "khazanah" itu...baik dari imej keterampilan luaran mahupun dalaman....

Harapan ini, moga-moga kita sentiasa tidak lari daripada pandangan Allah SWT ....kerana itulah kasih sayangNYA sentiasa "memeluk" jiwa kita setiap denai kehidupan.......YA ALLAH, bantulah kami.....amiin~


Wednesday 18 May 2011

Masih Lagi Ada yang Bersyukur...

Allah~Allah~Allah~
Bila dikenang kembali cerita itu..pasti kita berasa sedih dan terus bersyukur mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT. berterus-terus nikmatNya terus dianugerahkan kepada manusia tanpa rasa jemu demi menguji keimanan manusia apakah balasannya "syukur" atau "kufur"....

Termenung juga bila mengenangkan suatu hari aku membetulkan motor di salah sebuah bengkel berlabel "Atan Motor". maka keluarlah seorang  pomen dengan keadaan bertongkat sebelah dan tempang menyorong motor aku masuk ke dalam bengkel untuk diganti tayar belakang akibat bocor. Melihat keadaannya susah menyorong motor yang berat akibat terpaksa mengepit tongkatnya lagi sehingga berpeluh-peluh, aku pun bangun untuk membantu menyorong motor itu bersama.
 melihat anaknya girang mengacau bapanya itu membuatkan aku pun tersenyum sekejap..sepanjang dia membetulkan motor tersebut,aku pun bersembang2 sikit nak menhilangkan bosan dan sunyi...

aku:  Atan, u biasa bukak bengkel kol bape?

atan: ala,dalam tengahari bkak la woo..malam da penat tutup lepas isyak

aku:  ooo penat tu,yela u pun keje sorang kan

atan: ini pun boleh la dapat sikit duit wat belanja anak-anak kecik.2 orang.ini pun u tengok aa...sihat saja.tapi dia sakit woo..orang kata hyper active.kita hidup mana kaya.bukak sewa bangunan bengkel mahal.habis2 bulan habis gaji jaa...ada la sikit simpan2..lagi mau amik pekerja lagi susah mau bayar.

aku  :bagus r u atan..u boleh survive dan berdikari

atan : aku aaa...bersyukur juga pada Tuhan kira kehidupan aku yang skang ini pun lagi baik dari dulu.kalo dulu hidup manyak susah. ini pun kaki sebelah belum elok.tempang.tapi boleh juga berjalan..





aku terus diam dan mematikan perbualan memandangkan dia pun jawab tercungap-cungap penat.menahan kaki sakit.betulkan motor lagi sambil berpeluh-peluh.

Dari situ aku pun terkenang...masih ada lagi yang lebih susah tapi mereka tetap bersyukur...dia (atan) merasai nikmat Islam selepas dia muallaf...Allah memberi kehidupan yang lebih baik daripada sebelum itu...betapa Allah amat menyayangi manusia..dan ujian itulah menguji kita semua sama ada balasannya "syukur" atau "kufur" ...bila kita rasa mengeluh atau kecewa atas kesusahan yang berlaku..kenangkanlah semula..bukan Allah menguji kita kerana membenci kita....tapi, bila kita masih tabah dan bersyukur, maka "hadiah" Allah di akhirat kelak sangat besar dan berharga..kerana Allah dan kita saling menyayangi.......Allah~

awal kata...pemula bicara

assalamualaikum.......baru nak belajar buat blog...tiada apa yang penting dan manfaat dalam perisian ini jika tidak diisi dengan beberapa perkongsian ilmu daripada semua. tiadalah seri dunia ini jika hati kita kosong dihiasi dengan kelalaian.Sedangkan haiwan-haiwan sibuk berbalas-balas ber"tasbih" memuji Sang Pencipta.Marilah semua kita bersama-sama memperbaiki diri kita...moga-moga blog ini memberi manfaat untuk kita semua...salam ukhuwah ~