Saturday 8 December 2012

Kasih sayang Orang Asli


Apabila membincangkan konsep dakwah, ia membawa maksud yang luas daripada segenap aspek seperti bagaimana cara berdakwah,mengapa perlu berdakwah dan lai-lain lagi dalam mengajak manusia ke arah kebaikan.Melalui aspek psikologinya,usaha dakwah ini bertujuan adalah untuk memberikan padangan tentang kesesuaian perubahan tingkah laku atau sikap mental psikologinya penerangan agama dalam corak kehidupan yang dikehendaki oleh ajaran agama yang disamapakaikan oleh pendakwah.Dalam erti kata lain, dakwah bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat supaya terus menerus mengamalkan apa yang diajar oleh agama Islam selari dengan perubahan corak masyarakat yang kian berkembang.
Dakwah dapat didefinisikan sebagai suatu kegiatan atau ajakan baik dalam bentuk lisan,tulisan,tingkah laku dan sebagainya yang dilakukan scara sedar dan berencana dalam usaha mempengaruhi orang lain secara individual mahupun kelompok supaya timbul kesedaran dalam dirinya tentang pengertian, kesedaran, sikap penghayatan serta pengalaman terhadap ajaran agama sebagai mesej yang disampaikan kepadanya dengan tanpa rasa paksaan.Istilah dakwah ini juga dapat diterangkan melalui pelbagai cara seperti pelaksanaan atau metod tarikan yang baik dan lemah-lembut, menunjukkan contoh teladan yang baik, atau berdebat dengan hikmah dan berkesan serta berilmu.


PERANAN DAKWAH  DALAM KEHIDUPAN  MENURUT ISLAM

Cabaran abad ke 21 merupakan perkara utama yang harus ditangani oleh masyarakat Malaysia dewasa ini. Berhadapan dengan ledakan teknologi maklumat serta segala rencam cara hidup yang diaplikasikan oleh masyarakat negara ini, kita turut terdedah kepada penyakit-penyakit sosial dan mental yang dibawa oleh masyarakat maju. Pemikiran yang telah mula disejagatkan ini lebih berlandaskan korpus yang diambil dari masyarakat Barat.

Persoalannya, adakah uasaha dakwah yang telah dijalankan pada era ini telah cukup kepada masyarakat, mahupun kita semua masih ketandusan mengenai ilmu islam itu sendiri. Hasil kemajuan sains dan teknologi serta dalam meniti dunia yang penuh pancaroba, sudah tentu akan terjadi perubahan sosial yang merangkumi kehidupan yang luas seperti perubahan ekonomi, pendididkan, pentadbiran, dan komunikasi. Perkara ini tidak boleh dinafikan lagi oleh masyarakat kerana mereka sendirilah merupakan peneraju kepada segala perkembangan teknologi yang digunakan di sini.

Apabila kerja-kerja dakwah hendak dijalankan dalam kehidupan seharian, maka masyarakat juga turut mengalami perubahan. Oleh yang demikian, masyarakat haruslah bersedia untuk menempuh segala pembaharuan  melalui dakwah yang disampaikan dengan menyesuaikan diri serta peka dengan perubahan itu. Dakwah islamiah yang berusaha untuk memperkukuh keimanan dan keyakinan ummah, seharusnya mempunyai strategi yang sesuai dengan arus pemodenan.

~menggamit memori bersama rakan2 seperjuangan KELAB USULUDDIN DAN FALSAFAH dan anggota Islamic Outreach ABIM Kelantan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli dalam kebersamaan bersama keluarga2 Orang Asli di Kampung Limau, Gua Musang. kedatangan dan perpisahan yang diiringi air mata daripada keluarga orang asli menguatkan lagi mujahadah untuk meneruskan slot dan peringkat akan datang supaya peningkatan masyrakat orang asli agar terus bersama Islam yang dibawa,,,


                                             taklimat khas briefing program oleh Ayah Lid







                                                 ketibaan peserta di Perkampungan Limau



























Monday 10 September 2012

Dengan Pencerapan~AKal Berfikir


“Assalamualaikum..” salam disambut dan tangan berjabat mesra . dengan memperkenalkan diri masing-masing, ketiga-tiga pelajar tersebut masuk ke dalam pejabat dan bertaaruf dengan ketua jabatan dan pegawai pejabat tersebut. Rasa-rasanya suasana sangat seronok dengan teguran daripada kakitangan yang menerima mereka dengan hati yang terbuka.
Sebuah pejabat yang diperincikan kepada beberapa unit pengurusan yang bertanggungjawab menyelia hal-ehwal Islam peringkat daerah.

Unit Dakwah di mana mempunyai beberapa pengurusan dalam aspek pengurusan wakaf, saudara baru Islam, dan turut menguruskan beberapa program yang melibatkan pembangunan hal-ehwal Islam bagi peringkat daerah. Turut dimuatkan program seperti pencerapan anak bulan bagi awal Ramadan dan Syawal yang diadakan di balai cerap. Beberapa sesi penerangan yang diterangkan oleh Unit Falak tentang pergerakan anak bulan dapat difahami serta memasukkan pengiraan matematik yang terperinci dalam menetukan kedudukan yang sesuai untuk jelas dilihat dengan menggunakan teleskop yang berteknologi tinggi.
Sedikit pengalaman dapat diambil sebagai asas ilmu sebelum mengorak langkah ke alam yang realiti perlu dipelajari di samping dapat mengagumi dan membesarkan keindahan ciptaan Allah SWT terhadap alam semesta.



Teropong sampingan yang ringkas diletakkan di setiap penjuru balai cerap




Admin turut bersama mengambil kesempatan untuk mencuba




Beberapa sesi penerangan oleh ahli unit fizik dan falak


Teropong sebenar yang digunakan untuk mengukur dan melihat kedudukan anak bulan







Kubah dibuka untuk mengeluarkan teropong pencerapan anak bulan




"Dan kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling daripada segala tanda(kekuasaan Allah) yang terdapat padanya"
                                                                                    (Surah al-Anbiya': 32)


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal"
                                                                                   (Al-Imran: 190)


Dalam penceritaan tentang keindahan ciptaan Allah SWT, akal sentiasa ligat berproses melancarkan tabiatnya dengan berlegar-legar mencari titik kebenaran dalam sesuatu fitrah. Secara fitrahnya, adalah akal itu sentiasa berpositif dalam memikirkan sesuatu. Akal merupakan asas penting dalam kehidupan manusia.Suatu ciptaan yang menjadi pusat dalam segala tindakan manusia terhadap sesuatu perkara.Hal ini kerana setiap perkara yang dilakukan adalah hasil daripada keputusan-keputusan yang diputuskan oleh akal sama ada perkara itu baik atau buruk,maka akal akan memutuskan tindakan tersebut.Oleh itu,tidak hairanlah jika tabiat akal yang semulajadi ini merupakan fitrah dan anugerah yang dapat menguji serta menunjukkan bahawa manusia itu lemah dan cetek dalam ilmunya.Walau bagaimanapun,apabila diteliti tentang konsep manusia yang berakal,ia sudah cukup menjadi bukti perbezaan antara manusia dengan haiwan .Tambahan pula,melalui kurniaan akal ini jugalah menjadi syarat taklif manusia kepada Allah S.W.T

         Akal dapat diberikan dalam beberapa maksud sama ada melalui bahasa dan istilah.Hal ini diterangkan dalam Kamus Dewan,akal membawa maksud segala kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan seseorang manusia.Selain itu menurut pendapat Ibn al-Mansur dalam kamusnya “Lisan al-Arab”,akal membawa maksud kepintaran.Akal juga diterangkan oleh pendapat al-Muhasabi sebagai suatu sifat semulajadi manusia dan kemampuannya untuk memahami sesuatu.Melalui ini dapat disimpulkan bahawa akal adalah asas asal dan konsep utama yang menyebabkan manusia itu dipertanggungjawabkan dengan taklif serta syarat manusia itu sempurna.Hakikatnya,akal amat berkait rapat dengan wahyu melalui konteks hubungan kerana saling memerlukan antara satu dengan lain.
              Wahyu merupakan anugerah Allah S.W.T kepada golongan tertentu sahaja dan ia memainkan peranan yang penting terhadap pemikiran akal manusia.Tanpa wahyu yang disampaikan melalui perutusan nabi dan rasul,manusia akan pincang dan musnahlah masyarakat seluruhnya.Datangnya wahyu itu daripada Allah S.W.T  semestinya mempunyai hubungan yang rapat dengan akal dalam setiap perkara dalam kehidupan manusia.

Istilah wahyu dapat diterangkan dalam beberapa maksud bahasa dan istilah itu sendiri.Menurut pengertian bahasa,wahyu ialah memberitahu sesuatu dengan segera.Dalam konteks lain,ia membawa maksud segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat diketahuinya.Menurut pendapat Ibn al-Manzur,wahyu merupakan pemberitahuan atau percakapan mengenai sesuatu perkara secara tersembunyi seperti melalui ilham atau isyarat.Secara istilahnya dapat diterangkan bahawa wahyu merupakan perkhabaran dan berita daripada Allah S.W.T kepada para nabi,sama ada mengenai sejarah,cerita,hukum-hakam serta berita dengan cara yang samar-samar,tetapi meyakinkan dan ia adalah benar-benar daripada Allah S.W.T.Jika dilihat secara umum,akal dan wahyu merupakan dua istilah dan perkara yang berbeza dan tiada kaitan antara kedua-duanya.Walau bagaimanapun,akal dan wahyu secara hakikatnya mempunyai hubungan yang amat penting dalam memahami segala aspek kehidupan manusia seperti akhlak,ibadah,muamalat dan lain-lain.Jika tidak ada salah satu daripada akal atau wahyu,maka manusia akan berlaku kepincangan dalam hidup mereka.

Sememangnya akal mempunyai hubung kait dengan wahyu di mana wahyu yang diturunkan melalui perantaraan nabi dan rasul menjadi pemandu kepada akal.walaupun sevara fitrahnya,akal dan tabiat manusia dalah bersifat positif.Akal memandu diri manusia ke arah kebaikan dan kemajuan baik daripada aspek jasmani mahupn rohani.Walau bagaimanapun,jika fitrah akal yang positif itu dan iman yang suci tidak digunakan selari dengan kehendak syarak,ia juga akan menjadi kotor.Natijahnya,akal juga turut menjadi kotor dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menggunakan  fitrah akal yang suci itu kepada perkara-perkara kebaikan seterusnya menyimpang daripada landasan kebenaran.Justeru itulah wahyu membimbing akal untuk terus kembali kepada fitrah iaitu sentiasa positif dan memberi kemajuan jasmani dan rohani seterusnya meneguhkan iman seseorang itu sendiri.Contohnya,wahyu membimbing akal dalam memikirkan tentang ciri-ciri orang yang beriman,dalam usaha kearah kebaikan dalam setiap perkara.~











Saturday 5 May 2012

DIALOG INTERAKSI AGAMA---Melihat, Berfikir, Menilai


Sesungguhnya, perjalanan hidup yang indah adalah perjalanan yang senitiasa dituntun dan dihiasi dengan petunjuk dan hidayah Allah SWT. Ramai orang menyangka. “bagaimana  pertolongan Allah SWT tu?” cahaya ke?
Apakah sebenarnya mereka yang merasakan mendapat pertolongan Allah SWT? Iaitu apabila mereka mudah untuk melakukan amal soleh dan menjauhi kejahatan dunia, bagaimana? Apabila hati itu telah sebati dengan kenikmatan dan keselesaan tenangnya kebaikan dunia, lalu seluruh jasadnya merelakan untuk diselimuti dengan amal-amal soleh….kerana apa? Kerana mereka insan yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi hamba yang bertaqwa dan ihsan.
Sejauh mana? ---sehinggakan mereka yang sudah sebati dengan keseronokan beramal soleh, mereka sudah hilang minat dengan nafsu diri yang sentiasa bersungguh-sungguh berusaha memeluk kelekaan dunia…alangkah untungnya kita jika mencapai tahap seperti mereka, sememangnya kita cuba sedaya upaya untuk menahan nafsu kita daripada perkara2 leka tersebut. namun adakalanya kita pernah tertewas dan menyentuh juga kealpaan dunia tersebut….inilah peluang yang ALLAH SWT berikan untuk kita dengan TAUBAT, supaya kita sentiasa kembali kepada berusaha dengan mengamalkan apa yang telah ALLAH SWT ajarkan kepada kita….inilah dugaan….
Teringat kepada program INTERKASI AGAMA bersama kelab PERKIM USM, PULAU PINANG dengan KELAB USULUDIN DAN FALSAFAH UKM. Dalam mencari beberapa penilaian dalam mengadakan sesi dialog ke rumah-rumah ibadat seperti kuil, tokong, gereja dan gudwara (ibadat sikh)…turut terdapat beberapa perkara yang juga ada signifikan dan pembelajaran yang turut membina intelektual umat Islam dalam menjengah ke dunia kehidupan Negara lain melalui sesi temu bual dan lawatan ke rumah ibadat….kita melihat, kita berfikir, kita menilai, ….iktibar~

Bersama Prof Jafary Awang, Ketua Projek kajian perbandingan Agama UKM


Gereja Warisan Pulau Pinang


                                 Dialog perkongsian program KUFAH UKM dengan PERKIM USM


                                Perasmian Program Interaksi Agama di Dewan Senat, USM


                                         Lawatan pertama di Kuil Pulau Pinang- sekitar 9 pagi







                                   Pengenalan dan sesi dialog bersama penjaga Tokong Budha Pulau Pinang



                              Beberapa sesi soal jawab dan dialog bersama wakil Gereja Warisan Pulau Pinang






Lawatan dan dialog bersama wakil Gudhwara---kedatangan ketika majlis persandingan Sikh



                                                 Rehat santai di Padang Kota, Pulau Pinang            





Majlis Penutup dan Pertukaran Cenderamata antara UKM-USM






Penghargaan ditujukan kepada :
-Prof Jaffary Awang- Ketua projek Interaksi Agama
-Ust Yusri Mohammad - Pensyarah Pengiring Program
-wakil ahli KELAB USULUDIN DAN FALSAFAH  dan pelajar Sarjana Muda
-perwakilan PERKIM USM
-Pengurusan Pengangkutan dan pentadibiran UKM
-serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program INTERAKSI AGAMA USULUDIN DAN FALSAFAH UKM- PERKIM USM

*gambar2 yang diupload telah mendapat keizinan daripada wakil2 rumah2 ibadat tersebut