Saturday, 11 June 2011

~Di Kala Malam itu.......DIA "melihat" Kita~

Fuuuhh~ baru 3 pagi. Subuh pun lambat lagi nih....malam sejuk2 lagi, mata kuyu2 lagi.."adui, nak bangun ke idak haa....kang da basah2 (wudhuk) susah plak nak sambung tidur..." lalu, ditarik lah selimut tu sambung tidurnyaa.......

"Yes!!! senang je kerja kita!! ko "kencingkan" je mata dia tu...layu lah dia nak mengadap TUHAN..hahaha" mungkin itu lah yang disorakkan syaitan-syaitan dan iblis demi nak menyesatkan dan melalaikan cucu-cicit Adam....sebagaimana yang disumpahkan oleh mereka di hadapan Allah SWT.

 (sekadar hiasan.sumber:/www.google.com.my/search?q=orang+tahajud/images)

"Iblis menjawab : "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raf : 16-17)


Adui, kalah lagi kita dengan syaitan ni!!.....kita pun kata kita cinta kan Allah SWT, tapi apa sumbangan kita dalam membangunkan siar Islam...persediaan dalam diri kita..belum lagi kita katakan cukup kita mencintai Allah...
Bila dikatakan rasa suatu pengorbanan kita yang semahunya menunjukkan kecintaaan kita kepada Allah SWT...salah satu usaha untuk kita (muhasabah diri sendiri) ...ialah..bangun sedikit masa kita pada malam hari untuk mengadu apa-apa sahaja kepada Allah, di kala manusia lain lena tidur bersama mimpi mereka...



“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

Mendidik hati ini untuk berkorban ke jalan Allah, maka kecintaan yang tinggi kepada Allah SWT adalah penting untuk disemat dalam jiwa setiap manusia...apa kah kita tidak menyedari bahawa kita sentiasa dalam perhatian Allah setiap masa dan ketika, bayangkan lah jika Allah tidak mahu "mengendahkan" kita lagi..........ALLAH....

 
“Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).
Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang salih.
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.” 
                                                                                                                          (Ali Imran: 113 – 115)

                          (sekadar hiasan.sumber:/www.google.com.my/search?q=orang+tahajud/images)

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu – pada hari akhirat – ditempat yang terpuji.” 
                                                                                                                          (Al Isra: 78-79)



Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit dunia, dan berseru: “Siapa yang memanggil-Ku, maka Aku pun akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepada-Ku, Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya.” 
                                                                                         (HR Bukhari, Malik, Muslim dan Tarmizi)


“Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Pernah diceritakan seorang sahabat kepada Rasulullah s.a.w., bahawa ada seseorang yang sepanjang malam tertidur lena, tidak pernah bangun sedikitpun untuk solat. Rasulullah menjawab: “Telinga orang itu telah di kencing oleh syaitan.” 
                                                                                         (HR Bukhari, Muslim dan Nasa’ie)


*sumber ambilan nas:  
http://www.ammaridris.com/fadhilat-qiamullail-mengikut-al-quran-as-sunnah


tak yakin kah lagi kita dengan janji Allah? masih ego kah lagi kita ..ayuh saudara semua(muhasabah diri sendiri).... mari kita merendahkan diri kepada Allah dengan memenuhi salah satu tuntutan iaitu..memperuntukkan  masa di malam hari untuk bersama Allah SWT...itu lah antara waktu2 terbaik Allah mendengar rintihan hamba2Nya........ALLAH,bantu lah kami yang lemah ini.....

                              (sekadar hiasan.sumber:/www.google.com.my/search?q=orang+tahajud/images)

Sunday, 5 June 2011

~Mereka Juga Ada Perasaan~





Tragis kan? gambar ini diambil sewaktu berjalan-jalan pagi di kampung, tiba2 aku ternampak ada kucing mati kena langgar dengan kenderaan......adui~ kesiannya....haiwan yang seindah rupa dicipta oleh Allah mati dilanggar oleh manusia yang kurang prihatin.....saksikan lagi video ini......




bila direnung keadaan kucing tersebut..apa lah kitaran hidupnya yang hidup mencari makan,tidur dan bermain..tetapi suatu anugerah yang paling hebat adalah ianya menjadi suatu simbolik KASIH SAYANG yang ALLAH mahu tunjukkan kepada manusia yang berakal.....




خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ
 
وَأَنزَلْنَا مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ.


Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. [Luqman 31:10]


Ini ada satu kisah yang ingin aku kongsi kan kepada saudara-saudara.....seorang rakan ku ini Namanya biarlah aku gelarkan dia dengan nama "Ali" (bukan nama sebenar). Dia seorang rakan yang baik kepada orang lain dan rajin menolong jika ada dalam kesusahan. Aku juga rajin datang ke rumahnya  jika ada masa lapang...dan jika dilihat banyak juga haiwan di rumah yang dibela oleh keluarganya seperti ayam, kucing, lebu...biasa lah...orang kampung.....tapi, ada 1 perkara yang jika dikenang, aku rasa benda tu meamng tak patut~

"Aku paling benci bila tengok kucing !! ko bayangkan sapa tak panas bila aku turun dapur je, kucing tu dah mengaruk (menceroboh) makanan2 dalam tudung saji...peeehh!!! aku pun apa lagi..hambat ar dengan penyapu...!!" 
Memang kadang-kala aku melihat gayanya bila menghambat kucing tu memang lagaknya dendam yang termat sangat...tambahnya lagi~

"puas hati aku!!"

Hadui....manusia ini memang berakal boleh fikir mana yang baik dan maan yang buruk....binatang mane la tau....siap disepak lagi...kesian juga....aku juga kadang-kala pernah juga nasihatkan dia jangan siksa binatang,dosa.....tapi,dendam tu memang memadamkan terus angin kesabarannya.......sehinggalah pada suatu hari~

" Pak cik, Ali ada kat dalam?"
"Oh..masuklah..dia tak larat nak keluar"
tak larat? aku pun terus masuk, bila dilihat dia sedang mengerang kesakitan...kakinya bengkak-merah-cair nanah-macam gout!!..Ya Allah kenapa nie......? dalam hati aku berbisik(cas) .....KAFARAH ke?...

Ada hikmahnya tu...kesakitan itu menghapuskan dosa-dosa kecil. Tapi, bila dipandang dari sudut lain....haiwan pun ada kuasa untuk berdoa kepada Allah SWT...semua hidupan berdoa kepada ALLAH.....ingat bahawa, apabila kita berbuat baik kepada haiwan sekali pun...maka ALLAH "merakam" kebaikan itu untuk ganjaran di akhirat.....renungkan untuk kita~


اتَّقُوا اللَّهَ فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا صَالِحَةً وَكُلُوهَا صَالِحَةً.
Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik. [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – no: 23]



دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no: 3318]


Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:
بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ فَنَزَعَتْ مُوقَهَا
فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ.
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]

 (sumber ambilan nas-nas : ,http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-5/tajuk%206.htm)


Ingatlah wahai saudara ku sekalian (muhasabah diri sendiri), usahlah memandang enteng kepada haiwan yang disangkakan tiada manfaat pun kepada manusia kerana doa mereka itu adalah makbul....kerana hidup mereka tiada taklif yang diletakkan dan mereka itu sentiasa bertasbih memuji ALLAH~~kita? yakinkah kita ke syurga?

Wednesday, 1 June 2011

Saat itu Matanya Mengalir Bila Mengenangkan........."IBU"~

(sekadarhiasan...sumber://th01.deviantart.com/fs24/300W/f/2007/360/a/8/Doa_Ibu_untuk_aku_by_dekazure.jpg)

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Mulakan perasaan kita dengan menonton ini......





cuba kita ambil sedikit masa (muhasabah diri ini juga)...sebak kah kita menonton video ini?....insan yang menjerit.....bermandi darah demi melahir dan memebesarkan kita....apakah tidak dipandang jasa itu.?
membawa jasad ke hulu dan ke hilir selama 9 bulan tanpa sedikit pun rasa jemu walaupun beban itu tetap beban...tapi perasaannya."ini lah yang akan membela aku suatu hari nanti...yang akan mandikan aku suatu hari nanti...yang akan menguruskan aku suatu hari nanti....." YA ALLAH ..jadikan lah anak ini anak yang soleh..moga2 segala apa yang aku bawa ini membawa kebaikan kepada ku juga suatu hari nanti.."

mungkin inilah yang sentiasa terdetik dalam hati seorang ibu dalam usaha yang penat lelah membesarkan kita....

"eh!!!! dah jemu lah aku dengar !!! asyik benda yang sama jee...!! hadoii~"

betol!! memang dah biasa dengar!! tapi pernah x kita buat?!! pernah ke lepas sembahyang kita fikir tentang ibu ayah kita...? bagaimana kita dibesarkan dengan sempurna.....

wahai sahabat2 sekalian......jika kita tahu betapa besarnya pengorbanan itu...menangis merangkaklah kita menuju pada kasih sayang itu......

muhasabah diri kita...........menangis kah kita? tonton video ini........

YA ALLAH.........kami hanya anak-anak yang sering menderhakai orang tua kami....YA ALLAH.....kami menyesal YA ALLAH......kami menyesal.....ibu, maafkan kami ibu....ayah...maafkan kami ayah.....kami tak kan hantar ke rumah orang2 tua.....ibu.......maafkan kami.....ayah~YA ALLAH bantulah kami yang serba kekurangan...hanya ENGKAU YANG MAHA SEMPURNA....amin~