Monday, 9 April 2012

HAKIKAT KEHIDUPAN


sumber gambar(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4jIXmlIXgsFc66mAI64hWxZssl_MGB8yqtHHUTAJ72wryiewGCaOUC2xlVgEscLcuPaswYBZObvENOtGFF6mf5MZ9WGnuUudRcX1sXvO4rkFbrNJSIlMSPWrrN50zybKxkcdtwtLLOxY/s1600/alam-ii.jpg)

Sesungguhnya,manusia yang kecewa dan rugi adalah mereka yang membawa bekalan amalan iman yang sedikit ketika bertemu dengan Tuhannya,Allah SWT.Hal ini kerana, keyakinan bahawa setiap amalan yang dilakukan itu dirasakan sudah cukup untuk bertemu Allah SWT itulah yang membawa kepada kurangnya, amal ibadat sendirian amalan-amalan lain dan apatah lagi kepada urusan-urusan dakwah yang merupakan tanggungjawab setiap orang Islam. Oleh sebab itulah natijahnya golongan tersebut akan mendapat kemurkaan,kehinaan dan kemiskinan syafaat di akhirat kelak di atas sebab sikap kepuasan dengan amal ibadatnya kepada Allah SWT.[1]

Sesetengah golongan masyarakat yang kurang penghayatan dalam beriman kepada Allah SWT,mereka boleh dikategorikan sebagai pembangkang kepada hukum-hukum Allah kerana mereka sentiasa menolak ke tepi tentang persoalan syarak yang telah ditetapkan ileh Allah SWT sebagai penggubal mutlak.Contohnya,tindakan membunuh diri merupakan suatu cara bagi golongan tertentu dalam mendapatkan kebebasan dan melepaskan diri daripada masalah.Kesannya,betapa pedih dan dahsyatnya balasan-balasan yang bakal diterima oleh golongan yang menyimpang jauh daripada tuntutan Allah dalam mengaturkan kehidupan yang sempurna untuk hamba-hambaNya.[3

Menurut Abdul Ghafar Hj. Don dalam kata-katanya,naluri berhibur dan mencari keseronokan ialah fitrah    yang ada pada setiap manusia.Perbezaannya mungkin pada kadar atau tahap keperluan seseorang itu kepada hiburan.Dalam mencari keseronokan dan hiburan ada sesetengah masyarakat yang memilih hiburan secara sederhana.Ada pula yang berhibur dan berseronok secara keterlaluan.Ada hiburan yang menepati fitrah,norma dan etika manusia dana tidak kurangnya ada pula yang menyalahi nilai-nilai tadi.Tulisan ini cuba mengupas persoalan hedonisme yang sering disosiasikan dengan sikap mencari keseronokan dan hiburan yang keterlaluan sehingga meninggalkan impak yang negatif terhadap pembinaan masyarakat yang dinamik dan bersahsiah.[5
Hakikatnya, peribadi seseorang individu yang menginginkan hiburan secara melampau dan tidak bertepatan dengan syariat Islam, ditambah lagi dengan kekurangan sumber serta jahilnya pengetahuan terhadap sirah dakwah Rasulullah SAW menyebabkan tempang dan cacatlah iman seseorang tersebut.Natijah daripada keadaan tersebut, individu atau masyarakat tersebut akan terkapai-kapai dalam memilih dan menjayakan syiar dakwah Islamiah.[6]
Oleh itu, setiap kelalaian di dunia ini perlu diatasi dan dielakkan sebaik mungkin antara manusia supaya setiap individu dan masyarakat dapat menjaga dan memenuhi maqasid syariah dalam kehidupan.Penjagaan jasmani serta rohani merupakan dua elemen penting dalam mencapai kesejahteraan hidup.Dalam sebuah kelompok masyarakat yang akan melahirkan pemikiran dan kesatuan akidah, ibadat yang seragam, maka usaha dakwah-dakwah merupakan jalan terbaik dalam memperbaiki kesilapan masing-masing serta bersama menutup pintu-pintu kemungkaran yang bakal mencengkam.

Pengahayatan kepada agama Allah SW ini bukanlah sesuatu yang merugikan kepada hamba-hambaNya,sebaliknya setiap apa-apa yang diusahakan itu pasti mendapat ganjaran di sisi Allah SWT di dunia mahupun di akhirat.Hal ini juga telah diterangkan oleh Allah SWT bahawasanya Dia akan membantu orang yang membantu agama Allah SWT.   


[1] Dr. Aidh bin ‘Abdullah al-Qarni,La tahzan(Jangan Bersedih).2010.Al-Hidayah Publication.
[3] Dr. Aidh bin ‘Abdullah al-Qarni,La tahzan(Jangan Bersedih).2010.Al-Hidayah Publication.
[5] Sulaiman Ibrahim,Dakwah dan Perubahan Sosial.2000.Utusan Publication& Distributor Sdn Bhd.
[6] A.Ubaidillah,Menyeru Kepada Allah.2010.Rijal Media.


*(Penulisan ini adalah hasil kajian Blogger dan Mohd Rozaini, Ijazah Syariah dan Perundangan UKM-Metodologi Dakwah) --Terpelihara