Monday, 3 February 2014

KAJIAN TEKS USULUDDIN DAN FALSAFAH : PERMASALAHAN IMAN MENURUT PANDANGAN ULAMA' SALAF

Perbezaan pemahaman terhadap ajaran Islam telah bermula semenjak zaman Rasulullah SAW masih hidup lagi, namun perbezaan tersebut tidak sampai berterusan dan menimbulkan konflik, kerana Rasulullah SAW masih berada di tengah-tengah umat dan boleh menjelaskan serta memberikan keterangan lengkap atas segala persoalan dan perbezaan diantara para sahabatnya. Menurut Thaha Jabir Fayyadh Al-‘Alwani, (1989:29), apabila berlaku perselisihan pendapat dikalangan sahabat di dalam sesuatu persoalan, mereka segera mengembalikannya kepada Rasulullah SAW kemudian baginda menerangkan jalan yang hak dan jalan petunjuk tersebut.
Begitu juga pada zaman para sahabat, selepas kewafatan Rasulullah SAW, sering juga berlaku perbezaan pendapat terhadap sesutatu masalah, baik dalam soal ibadah, muamalah mahupun perkara penting yang lain, ataupun sesuatu persoalan yang muncul ketika Rasulullah SAW masih hidup tetapi belum sempat ditanyakan pada baginda. Biasanya para sahabat akan sering bertanya sesama sendiri terlebih dahulu, sekiranya terdapat sahabat yang telah mengetahui dan pernah mendengar keterangan persoalan tersebut dari nabi SAW, sedangkan tidak diketahui oleh sahabat-sahabat yang lain. Apabila tiada salah seorang yang mengetahui dalil atau nasnya, mereka akan bermusyawarah untuk menetapkan hokum atas persoalan yang mereka hadapi itu.
Menurut Thaha Jabir Fayyadh Al-;Alwani lagi, sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW telah berselisih pendapat dalam banyak perkara. Antara perkara-perkara yang mereka berselisih pendapat mengenainya ialah seperti;
a) perselisihan pendapat mengenai wafatnya nabi
b) dalam memerangi golongan yang enggan membayar zakat
c) dalam beberapa masalah fiqah.
Menurut Muhammad Ramzi bin Omar radhiallahu’anhu apabila menghadapi kebuntuan menyelesaikan sesuatu masalah, beliau akan mengumpulkan para sahabat dan meminta pandangan mereka, sekiranya para sahabat setuju pada sesuatu penyelesaian, maka beliau akan memutuskan cara tersebut. Cara ini dilakukan Umar r.a walaupun dari sudut kefahaman tentang ilmu-ilmu agama, beliau boleh dikatakan agak kehadapan.
Setelah kewafatan baginda SAW terdapat satu lagi sumber penting bagi hukum islam.Sumber ini mendapat tempat tertinggi selepas al-Quran dan hadis iaitu ijmak para sahabat (Ahmad Syalaby, 1968: 7). Sumber ijmak ini mendapat kedudukan sebagai salah satu sumber hukum, kerana hakikatnya ijmak para sahabat adalah merupakan ijtihad sekumpulan ahli hukum Islam, maka nilai ijmak dianggap lebih tinggi berbanding ijtihad perseorangan. Nilai ijmak yang tinggi ini berdasarkan pendapat ahli sunnah dan pandangan ulama’ kerana para sahabat ialah orang yang adil dan keadilan mereka diiktraf oleh Allah SWT dalam beberapa ayat al-Quran dan dikuatkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis sahih yang banyak jumlahnya (Muhammad Ramzi bin Omar, 1993: 3).
Setelah berakhir zaman sahabat, ketika itu wilayah Islam sudah semakin luas disamping jumlah umat Islam yang semakin ramai kerana dakwah Islamiyyah sudah tersebar ke merata dunia, muncul pula pelbagai permasalahan baru yang tidak dijumpai pada zaman sebelumnya, disamping muncul pula perbezaan pemahaman tenteng dalil dari al-Quran dan As-sunnah seperti dalam masalah wuduk, bersucu, sembahyang, puasa, zakat, haji dan masalah-masalah fekah lainnya. Kesannya timbul ijtihad dari para ulama’ yang bersifat perseorangan mengakibatkan lahirnya pelbagai aliran mazhab (Ahmad Shabaly, 1968: 9). Mazhab-mazhab tersebut mencerminkan pendapat ulama’ masing-masing. Ada diantara mazhab-mazhab tersebut telah lenyap, dan ada pula yang masih hidup dan tersebar hingga sekarang yang mempunyai bilangan penganut yang berbeza-beza (Ahmad Shalaby, 1968: 9).
Adapun mazhab-mazhab yang telah diiktiraf oleh Ahli Sunnah dan diikuti oleh majoriti kaum muslimin serata dunia adalah Mazhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal. Setelah berakhir pembentukkan pegangan mazhab imam yang empat ini, umat Islam sudah semakin jauh dari cahaya ilmu dan fahaman taklid yang berkembang dengan cepat. Terdapat dikalangan umat Islam beranggapan bahawa sudah cukup memeadai untuk mengikut kepada salah satu mazhab sahaja. Fahaman seperti ini terus berlanjutan hingga sekarang, dimana dihampir di merata dunia majoriti umat Islam berpegang pada satu mazhab tertentu khususnya mazhab yang empat tersebut. Menurut (Thaha Jabir Fayyadh Al-‘Alnawi, 1989; 133) semenjak kurun keempat hijrah, terhentilah ijtihad dan tempatnya digantikan dengan tqlid yang tersebar luas. Pendapat dan fatwa terhasil mengikut aliran mazhab sahaja dan perlu dijadikan pegangan serta disebarkan dikalangan mazhabnya. Malahan kegiatan fekah hanya berkisar dalam sesuatu mazhab sahaja. Pengelompokkan umat Islam kepada aliran mazhab ini dalam beberapa keadaan pula menggugat keharmonian dan kesatuan umat Islam, sedangkan Islam memerintahkan umat Islam agar bersatu dan mengelakkan pepecahan.

*tugasan ini merupakan asignment dalam kursus kajian teks usuluddin dan falsafah. dan dalam entri ini hanya disediakan dalam skop PENDAHULUAN sahaja sebagai pemahaman awal situasi yang berlaku. kefahaman  yang menyeluruh berdasarkan 4 mazhab dapat difahami dengan lebih mendalam dengan pembacaan rujukan2 mukhtabar dengan berguru yang betul. namun, sekiranya ada kesilapan fakta yang terdapat dalam entri ini, tunjuk ajar amat diperlukan supaya perkongsian ilmu dapat difahami dengan jelas dan benar. pm fb yang terdapat dalam blog ini.