Perbezaan
pemahaman terhadap ajaran Islam telah bermula semenjak zaman Rasulullah SAW
masih hidup lagi, namun perbezaan tersebut tidak sampai berterusan dan
menimbulkan konflik, kerana Rasulullah SAW masih berada di tengah-tengah umat
dan boleh menjelaskan serta memberikan keterangan lengkap atas segala persoalan
dan perbezaan diantara para sahabatnya. Menurut Thaha Jabir Fayyadh Al-‘Alwani,
(1989:29), apabila berlaku perselisihan pendapat dikalangan sahabat di dalam
sesuatu persoalan, mereka segera mengembalikannya kepada Rasulullah SAW
kemudian baginda menerangkan jalan yang hak dan jalan petunjuk tersebut.
Begitu
juga pada zaman para sahabat, selepas kewafatan Rasulullah SAW, sering juga
berlaku perbezaan pendapat terhadap sesutatu masalah, baik dalam soal ibadah,
muamalah mahupun perkara penting yang lain, ataupun sesuatu persoalan yang
muncul ketika Rasulullah SAW masih hidup tetapi belum sempat ditanyakan pada
baginda. Biasanya para sahabat akan sering bertanya sesama sendiri terlebih dahulu,
sekiranya terdapat sahabat yang telah mengetahui dan pernah mendengar
keterangan persoalan tersebut dari nabi SAW, sedangkan tidak diketahui oleh
sahabat-sahabat yang lain. Apabila tiada salah seorang yang mengetahui dalil
atau nasnya, mereka akan bermusyawarah untuk menetapkan hokum atas persoalan
yang mereka hadapi itu.
Menurut
Thaha Jabir Fayyadh Al-;Alwani lagi, sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW
telah berselisih pendapat dalam banyak perkara. Antara perkara-perkara yang
mereka berselisih pendapat mengenainya ialah seperti;
a) perselisihan pendapat mengenai wafatnya nabi
b) dalam memerangi golongan yang enggan membayar zakat
c) dalam beberapa masalah fiqah.
Menurut Muhammad
Ramzi bin Omar radhiallahu’anhu apabila menghadapi kebuntuan menyelesaikan
sesuatu masalah, beliau akan mengumpulkan para sahabat dan meminta pandangan
mereka, sekiranya para sahabat setuju pada sesuatu penyelesaian, maka beliau
akan memutuskan cara tersebut. Cara ini dilakukan Umar r.a walaupun dari sudut
kefahaman tentang ilmu-ilmu agama, beliau boleh dikatakan agak kehadapan.
Setelah
kewafatan baginda SAW terdapat satu lagi sumber penting bagi hukum islam.Sumber
ini mendapat tempat tertinggi selepas al-Quran dan hadis iaitu ijmak para
sahabat (Ahmad Syalaby, 1968: 7). Sumber ijmak ini mendapat kedudukan
sebagai salah satu sumber hukum, kerana hakikatnya ijmak para sahabat
adalah merupakan ijtihad sekumpulan ahli hukum Islam, maka nilai ijmak dianggap
lebih tinggi berbanding ijtihad perseorangan. Nilai ijmak yang tinggi ini
berdasarkan pendapat ahli sunnah dan pandangan ulama’ kerana para sahabat ialah
orang yang adil dan keadilan mereka diiktraf oleh Allah SWT dalam beberapa ayat
al-Quran dan dikuatkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis sahih yang banyak
jumlahnya (Muhammad Ramzi bin Omar, 1993: 3).
Setelah
berakhir zaman sahabat, ketika itu wilayah Islam sudah semakin luas disamping
jumlah umat Islam yang semakin ramai kerana dakwah Islamiyyah sudah tersebar ke
merata dunia, muncul pula pelbagai permasalahan baru yang tidak dijumpai pada
zaman sebelumnya, disamping muncul pula perbezaan pemahaman tenteng dalil dari
al-Quran dan As-sunnah seperti dalam masalah wuduk, bersucu, sembahyang, puasa,
zakat, haji dan masalah-masalah fekah lainnya. Kesannya timbul ijtihad dari
para ulama’ yang bersifat perseorangan mengakibatkan lahirnya pelbagai aliran
mazhab (Ahmad Shabaly, 1968: 9). Mazhab-mazhab tersebut mencerminkan pendapat
ulama’ masing-masing. Ada diantara mazhab-mazhab tersebut telah lenyap, dan ada
pula yang masih hidup dan tersebar hingga sekarang yang mempunyai bilangan
penganut yang berbeza-beza (Ahmad Shalaby, 1968: 9).
Adapun
mazhab-mazhab yang telah diiktiraf oleh Ahli Sunnah dan diikuti oleh majoriti kaum muslimin
serata dunia adalah Mazhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam
Ahmad bin Hanbal. Setelah berakhir pembentukkan pegangan mazhab imam yang empat
ini, umat Islam sudah semakin jauh dari cahaya ilmu dan fahaman taklid yang
berkembang dengan cepat. Terdapat dikalangan umat Islam beranggapan bahawa
sudah cukup memeadai untuk mengikut kepada salah satu mazhab sahaja. Fahaman
seperti ini terus berlanjutan hingga sekarang, dimana dihampir di merata dunia
majoriti umat Islam berpegang pada satu mazhab tertentu khususnya mazhab yang
empat tersebut. Menurut (Thaha Jabir Fayyadh Al-‘Alnawi, 1989; 133) semenjak
kurun keempat hijrah, terhentilah ijtihad dan tempatnya digantikan dengan tqlid
yang tersebar luas. Pendapat dan fatwa terhasil mengikut aliran mazhab sahaja
dan perlu dijadikan pegangan serta disebarkan dikalangan mazhabnya. Malahan
kegiatan fekah hanya berkisar dalam sesuatu mazhab sahaja. Pengelompokkan umat
Islam kepada aliran mazhab ini dalam beberapa keadaan pula menggugat
keharmonian dan kesatuan umat Islam, sedangkan Islam memerintahkan umat Islam
agar bersatu dan mengelakkan pepecahan.
*tugasan ini merupakan asignment dalam kursus kajian teks usuluddin dan falsafah. dan dalam entri ini hanya disediakan dalam skop PENDAHULUAN sahaja sebagai pemahaman awal situasi yang berlaku. kefahaman yang menyeluruh berdasarkan 4 mazhab dapat difahami dengan lebih mendalam dengan pembacaan rujukan2 mukhtabar dengan berguru yang betul. namun, sekiranya ada kesilapan fakta yang terdapat dalam entri ini, tunjuk ajar amat diperlukan supaya perkongsian ilmu dapat difahami dengan jelas dan benar. pm fb yang terdapat dalam blog ini.