Sunday 5 June 2011

~Mereka Juga Ada Perasaan~





Tragis kan? gambar ini diambil sewaktu berjalan-jalan pagi di kampung, tiba2 aku ternampak ada kucing mati kena langgar dengan kenderaan......adui~ kesiannya....haiwan yang seindah rupa dicipta oleh Allah mati dilanggar oleh manusia yang kurang prihatin.....saksikan lagi video ini......




bila direnung keadaan kucing tersebut..apa lah kitaran hidupnya yang hidup mencari makan,tidur dan bermain..tetapi suatu anugerah yang paling hebat adalah ianya menjadi suatu simbolik KASIH SAYANG yang ALLAH mahu tunjukkan kepada manusia yang berakal.....




خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ
 
وَأَنزَلْنَا مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ.


Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. [Luqman 31:10]


Ini ada satu kisah yang ingin aku kongsi kan kepada saudara-saudara.....seorang rakan ku ini Namanya biarlah aku gelarkan dia dengan nama "Ali" (bukan nama sebenar). Dia seorang rakan yang baik kepada orang lain dan rajin menolong jika ada dalam kesusahan. Aku juga rajin datang ke rumahnya  jika ada masa lapang...dan jika dilihat banyak juga haiwan di rumah yang dibela oleh keluarganya seperti ayam, kucing, lebu...biasa lah...orang kampung.....tapi, ada 1 perkara yang jika dikenang, aku rasa benda tu meamng tak patut~

"Aku paling benci bila tengok kucing !! ko bayangkan sapa tak panas bila aku turun dapur je, kucing tu dah mengaruk (menceroboh) makanan2 dalam tudung saji...peeehh!!! aku pun apa lagi..hambat ar dengan penyapu...!!" 
Memang kadang-kala aku melihat gayanya bila menghambat kucing tu memang lagaknya dendam yang termat sangat...tambahnya lagi~

"puas hati aku!!"

Hadui....manusia ini memang berakal boleh fikir mana yang baik dan maan yang buruk....binatang mane la tau....siap disepak lagi...kesian juga....aku juga kadang-kala pernah juga nasihatkan dia jangan siksa binatang,dosa.....tapi,dendam tu memang memadamkan terus angin kesabarannya.......sehinggalah pada suatu hari~

" Pak cik, Ali ada kat dalam?"
"Oh..masuklah..dia tak larat nak keluar"
tak larat? aku pun terus masuk, bila dilihat dia sedang mengerang kesakitan...kakinya bengkak-merah-cair nanah-macam gout!!..Ya Allah kenapa nie......? dalam hati aku berbisik(cas) .....KAFARAH ke?...

Ada hikmahnya tu...kesakitan itu menghapuskan dosa-dosa kecil. Tapi, bila dipandang dari sudut lain....haiwan pun ada kuasa untuk berdoa kepada Allah SWT...semua hidupan berdoa kepada ALLAH.....ingat bahawa, apabila kita berbuat baik kepada haiwan sekali pun...maka ALLAH "merakam" kebaikan itu untuk ganjaran di akhirat.....renungkan untuk kita~


اتَّقُوا اللَّهَ فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا صَالِحَةً وَكُلُوهَا صَالِحَةً.
Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik. [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – no: 23]



دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no: 3318]


Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:
بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ فَنَزَعَتْ مُوقَهَا
فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ.
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]

 (sumber ambilan nas-nas : ,http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-5/tajuk%206.htm)


Ingatlah wahai saudara ku sekalian (muhasabah diri sendiri), usahlah memandang enteng kepada haiwan yang disangkakan tiada manfaat pun kepada manusia kerana doa mereka itu adalah makbul....kerana hidup mereka tiada taklif yang diletakkan dan mereka itu sentiasa bertasbih memuji ALLAH~~kita? yakinkah kita ke syurga?

4 comments:

  1. saudara,,sy x sanggup lihat video nie..sedih sgt2..mana akal manusia skrg??haiwan kecil dibunuh...semoga Allah mengampunkan org yang ada dlm video nie..amin..

    ReplyDelete
  2. ya allah....saya rasa tersentak tgok video ini...ya allah bantulah dia dan kami dlam mmohon redha dari ALLAH.....sedih sgat

    ReplyDelete
  3. Dik, Ali (bukan nama sebenar) tu pernah aku bgtau juga pada dia, pegi ckp kat kucing, minta maaf dgn dorg. Dia mcm mengaku jgk. Apapun allah lebih tahu dik..


    Semoga Ali cepat sembuh aminn

    ReplyDelete
  4. Sama-samalah kita mendoakan bala n laknat Allah dari langit turun keatas budak dlm video tu. Mendidih aku tgkk.. Astaghfirullah...

    Btolla kata Allah, bahan dari api neraka adalah daging manusia sendiri.wallahualam..

    ReplyDelete