Apabila
membincangkan konsep dakwah, ia membawa maksud yang luas daripada segenap aspek
seperti bagaimana cara berdakwah,mengapa perlu berdakwah dan lai-lain lagi
dalam mengajak manusia ke arah kebaikan.Melalui aspek psikologinya,usaha dakwah
ini bertujuan adalah untuk memberikan padangan tentang kesesuaian perubahan
tingkah laku atau sikap mental psikologinya penerangan agama dalam corak
kehidupan yang dikehendaki oleh ajaran agama yang disamapakaikan oleh
pendakwah.Dalam erti kata lain, dakwah bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran
masyarakat supaya terus menerus mengamalkan apa yang diajar oleh agama Islam
selari dengan perubahan corak masyarakat yang kian berkembang.
Dakwah
dapat didefinisikan sebagai suatu kegiatan atau ajakan baik dalam bentuk
lisan,tulisan,tingkah laku dan sebagainya yang dilakukan scara sedar dan
berencana dalam usaha mempengaruhi orang lain secara individual mahupun
kelompok supaya timbul kesedaran dalam dirinya tentang pengertian, kesedaran, sikap
penghayatan serta pengalaman terhadap ajaran agama sebagai mesej yang
disampaikan kepadanya dengan tanpa rasa paksaan.Istilah dakwah ini juga dapat
diterangkan melalui pelbagai cara seperti pelaksanaan atau metod tarikan yang
baik dan lemah-lembut, menunjukkan contoh teladan yang baik, atau berdebat
dengan hikmah dan berkesan serta berilmu.
PERANAN DAKWAH DALAM KEHIDUPAN MENURUT ISLAM
Cabaran
abad ke 21 merupakan perkara utama yang harus ditangani oleh masyarakat
Malaysia dewasa ini. Berhadapan dengan ledakan teknologi maklumat serta segala
rencam cara hidup yang diaplikasikan oleh masyarakat negara ini, kita turut
terdedah kepada penyakit-penyakit sosial dan mental yang dibawa oleh masyarakat
maju. Pemikiran yang telah mula disejagatkan ini lebih berlandaskan korpus yang
diambil dari masyarakat Barat.
Persoalannya, adakah uasaha dakwah
yang telah dijalankan pada era ini telah cukup kepada masyarakat, mahupun kita
semua masih ketandusan mengenai ilmu islam itu sendiri. Hasil kemajuan sains
dan teknologi serta dalam meniti dunia yang penuh pancaroba, sudah tentu akan
terjadi perubahan sosial yang merangkumi kehidupan yang luas seperti perubahan
ekonomi, pendididkan, pentadbiran, dan komunikasi. Perkara ini tidak boleh
dinafikan lagi oleh masyarakat kerana mereka sendirilah merupakan peneraju
kepada segala perkembangan teknologi yang digunakan di sini.
Apabila kerja-kerja dakwah hendak
dijalankan dalam kehidupan seharian, maka masyarakat juga turut mengalami
perubahan. Oleh yang demikian, masyarakat haruslah bersedia untuk menempuh
segala pembaharuan melalui dakwah yang
disampaikan dengan menyesuaikan diri serta peka dengan perubahan itu. Dakwah
islamiah yang berusaha untuk memperkukuh keimanan dan keyakinan ummah,
seharusnya mempunyai strategi yang sesuai dengan arus pemodenan.
~menggamit memori bersama rakan2 seperjuangan KELAB USULUDDIN DAN FALSAFAH dan anggota Islamic Outreach ABIM Kelantan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli dalam kebersamaan bersama keluarga2 Orang Asli di Kampung Limau, Gua Musang. kedatangan dan perpisahan yang diiringi air mata daripada keluarga orang asli menguatkan lagi mujahadah untuk meneruskan slot dan peringkat akan datang supaya peningkatan masyrakat orang asli agar terus bersama Islam yang dibawa,,,
ketibaan peserta di Perkampungan Limau