Monday, 10 September 2012

Dengan Pencerapan~AKal Berfikir


“Assalamualaikum..” salam disambut dan tangan berjabat mesra . dengan memperkenalkan diri masing-masing, ketiga-tiga pelajar tersebut masuk ke dalam pejabat dan bertaaruf dengan ketua jabatan dan pegawai pejabat tersebut. Rasa-rasanya suasana sangat seronok dengan teguran daripada kakitangan yang menerima mereka dengan hati yang terbuka.
Sebuah pejabat yang diperincikan kepada beberapa unit pengurusan yang bertanggungjawab menyelia hal-ehwal Islam peringkat daerah.

Unit Dakwah di mana mempunyai beberapa pengurusan dalam aspek pengurusan wakaf, saudara baru Islam, dan turut menguruskan beberapa program yang melibatkan pembangunan hal-ehwal Islam bagi peringkat daerah. Turut dimuatkan program seperti pencerapan anak bulan bagi awal Ramadan dan Syawal yang diadakan di balai cerap. Beberapa sesi penerangan yang diterangkan oleh Unit Falak tentang pergerakan anak bulan dapat difahami serta memasukkan pengiraan matematik yang terperinci dalam menetukan kedudukan yang sesuai untuk jelas dilihat dengan menggunakan teleskop yang berteknologi tinggi.
Sedikit pengalaman dapat diambil sebagai asas ilmu sebelum mengorak langkah ke alam yang realiti perlu dipelajari di samping dapat mengagumi dan membesarkan keindahan ciptaan Allah SWT terhadap alam semesta.



Teropong sampingan yang ringkas diletakkan di setiap penjuru balai cerap




Admin turut bersama mengambil kesempatan untuk mencuba




Beberapa sesi penerangan oleh ahli unit fizik dan falak


Teropong sebenar yang digunakan untuk mengukur dan melihat kedudukan anak bulan







Kubah dibuka untuk mengeluarkan teropong pencerapan anak bulan




"Dan kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling daripada segala tanda(kekuasaan Allah) yang terdapat padanya"
                                                                                    (Surah al-Anbiya': 32)


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal"
                                                                                   (Al-Imran: 190)


Dalam penceritaan tentang keindahan ciptaan Allah SWT, akal sentiasa ligat berproses melancarkan tabiatnya dengan berlegar-legar mencari titik kebenaran dalam sesuatu fitrah. Secara fitrahnya, adalah akal itu sentiasa berpositif dalam memikirkan sesuatu. Akal merupakan asas penting dalam kehidupan manusia.Suatu ciptaan yang menjadi pusat dalam segala tindakan manusia terhadap sesuatu perkara.Hal ini kerana setiap perkara yang dilakukan adalah hasil daripada keputusan-keputusan yang diputuskan oleh akal sama ada perkara itu baik atau buruk,maka akal akan memutuskan tindakan tersebut.Oleh itu,tidak hairanlah jika tabiat akal yang semulajadi ini merupakan fitrah dan anugerah yang dapat menguji serta menunjukkan bahawa manusia itu lemah dan cetek dalam ilmunya.Walau bagaimanapun,apabila diteliti tentang konsep manusia yang berakal,ia sudah cukup menjadi bukti perbezaan antara manusia dengan haiwan .Tambahan pula,melalui kurniaan akal ini jugalah menjadi syarat taklif manusia kepada Allah S.W.T

         Akal dapat diberikan dalam beberapa maksud sama ada melalui bahasa dan istilah.Hal ini diterangkan dalam Kamus Dewan,akal membawa maksud segala kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan seseorang manusia.Selain itu menurut pendapat Ibn al-Mansur dalam kamusnya “Lisan al-Arab”,akal membawa maksud kepintaran.Akal juga diterangkan oleh pendapat al-Muhasabi sebagai suatu sifat semulajadi manusia dan kemampuannya untuk memahami sesuatu.Melalui ini dapat disimpulkan bahawa akal adalah asas asal dan konsep utama yang menyebabkan manusia itu dipertanggungjawabkan dengan taklif serta syarat manusia itu sempurna.Hakikatnya,akal amat berkait rapat dengan wahyu melalui konteks hubungan kerana saling memerlukan antara satu dengan lain.
              Wahyu merupakan anugerah Allah S.W.T kepada golongan tertentu sahaja dan ia memainkan peranan yang penting terhadap pemikiran akal manusia.Tanpa wahyu yang disampaikan melalui perutusan nabi dan rasul,manusia akan pincang dan musnahlah masyarakat seluruhnya.Datangnya wahyu itu daripada Allah S.W.T  semestinya mempunyai hubungan yang rapat dengan akal dalam setiap perkara dalam kehidupan manusia.

Istilah wahyu dapat diterangkan dalam beberapa maksud bahasa dan istilah itu sendiri.Menurut pengertian bahasa,wahyu ialah memberitahu sesuatu dengan segera.Dalam konteks lain,ia membawa maksud segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat diketahuinya.Menurut pendapat Ibn al-Manzur,wahyu merupakan pemberitahuan atau percakapan mengenai sesuatu perkara secara tersembunyi seperti melalui ilham atau isyarat.Secara istilahnya dapat diterangkan bahawa wahyu merupakan perkhabaran dan berita daripada Allah S.W.T kepada para nabi,sama ada mengenai sejarah,cerita,hukum-hakam serta berita dengan cara yang samar-samar,tetapi meyakinkan dan ia adalah benar-benar daripada Allah S.W.T.Jika dilihat secara umum,akal dan wahyu merupakan dua istilah dan perkara yang berbeza dan tiada kaitan antara kedua-duanya.Walau bagaimanapun,akal dan wahyu secara hakikatnya mempunyai hubungan yang amat penting dalam memahami segala aspek kehidupan manusia seperti akhlak,ibadah,muamalat dan lain-lain.Jika tidak ada salah satu daripada akal atau wahyu,maka manusia akan berlaku kepincangan dalam hidup mereka.

Sememangnya akal mempunyai hubung kait dengan wahyu di mana wahyu yang diturunkan melalui perantaraan nabi dan rasul menjadi pemandu kepada akal.walaupun sevara fitrahnya,akal dan tabiat manusia dalah bersifat positif.Akal memandu diri manusia ke arah kebaikan dan kemajuan baik daripada aspek jasmani mahupn rohani.Walau bagaimanapun,jika fitrah akal yang positif itu dan iman yang suci tidak digunakan selari dengan kehendak syarak,ia juga akan menjadi kotor.Natijahnya,akal juga turut menjadi kotor dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menggunakan  fitrah akal yang suci itu kepada perkara-perkara kebaikan seterusnya menyimpang daripada landasan kebenaran.Justeru itulah wahyu membimbing akal untuk terus kembali kepada fitrah iaitu sentiasa positif dan memberi kemajuan jasmani dan rohani seterusnya meneguhkan iman seseorang itu sendiri.Contohnya,wahyu membimbing akal dalam memikirkan tentang ciri-ciri orang yang beriman,dalam usaha kearah kebaikan dalam setiap perkara.~











No comments:

Post a Comment