“Assalamualaikum..” salam
disambut dan tangan berjabat mesra . dengan memperkenalkan diri masing-masing,
ketiga-tiga pelajar tersebut masuk ke dalam pejabat dan bertaaruf dengan ketua
jabatan dan pegawai pejabat tersebut. Rasa-rasanya suasana sangat seronok
dengan teguran daripada kakitangan yang menerima mereka dengan hati yang
terbuka.
Sebuah pejabat yang diperincikan
kepada beberapa unit pengurusan yang bertanggungjawab menyelia hal-ehwal Islam
peringkat daerah.
Unit Dakwah di mana mempunyai
beberapa pengurusan dalam aspek pengurusan wakaf, saudara baru Islam, dan turut
menguruskan beberapa program yang melibatkan pembangunan hal-ehwal Islam bagi
peringkat daerah. Turut dimuatkan program seperti pencerapan anak bulan bagi
awal Ramadan dan Syawal yang diadakan di balai cerap. Beberapa sesi penerangan
yang diterangkan oleh Unit Falak tentang pergerakan anak bulan dapat difahami
serta memasukkan pengiraan matematik yang terperinci dalam menetukan kedudukan
yang sesuai untuk jelas dilihat dengan menggunakan teleskop yang berteknologi
tinggi.
Sedikit pengalaman dapat diambil sebagai
asas ilmu sebelum mengorak langkah ke alam yang realiti perlu dipelajari di
samping dapat mengagumi dan membesarkan keindahan ciptaan Allah SWT terhadap
alam semesta.
Teropong sampingan
yang ringkas diletakkan di setiap penjuru balai cerap
Admin turut bersama mengambil kesempatan untuk mencuba
Beberapa sesi penerangan oleh ahli unit fizik dan falak
Teropong sebenar yang digunakan untuk mengukur dan melihat kedudukan anak bulan
Kubah dibuka untuk mengeluarkan teropong pencerapan anak bulan
"Dan kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling daripada segala tanda(kekuasaan Allah) yang terdapat padanya"
(Surah al-Anbiya': 32)
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal"
(Al-Imran: 190)
Dalam penceritaan tentang keindahan ciptaan Allah SWT, akal sentiasa ligat berproses melancarkan tabiatnya dengan berlegar-legar mencari titik kebenaran dalam sesuatu fitrah. Secara fitrahnya, adalah akal itu sentiasa berpositif dalam memikirkan sesuatu. Akal
merupakan asas penting dalam kehidupan manusia.Suatu ciptaan yang menjadi pusat
dalam segala tindakan manusia terhadap sesuatu perkara.Hal ini kerana setiap
perkara yang dilakukan adalah hasil daripada keputusan-keputusan yang
diputuskan oleh akal sama ada perkara itu baik atau buruk,maka akal akan
memutuskan tindakan tersebut.Oleh itu,tidak hairanlah jika tabiat akal yang
semulajadi ini merupakan fitrah dan anugerah yang dapat menguji serta
menunjukkan bahawa manusia itu lemah dan cetek dalam ilmunya.Walau
bagaimanapun,apabila diteliti tentang konsep manusia yang berakal,ia sudah cukup
menjadi bukti perbezaan antara manusia dengan haiwan .Tambahan
pula,melalui kurniaan akal ini jugalah menjadi syarat taklif manusia kepada
Allah S.W.T
Akal dapat diberikan
dalam beberapa maksud sama ada melalui bahasa dan istilah.Hal ini diterangkan
dalam Kamus Dewan,akal membawa maksud segala kegiatan berfikir dan tahap
kecerdasan seseorang manusia.Selain itu menurut pendapat Ibn al-Mansur dalam
kamusnya “Lisan al-Arab”,akal membawa maksud kepintaran.Akal juga diterangkan
oleh pendapat al-Muhasabi sebagai suatu sifat semulajadi manusia dan
kemampuannya untuk memahami sesuatu.Melalui ini dapat disimpulkan bahawa akal
adalah asas asal dan konsep utama yang menyebabkan manusia itu
dipertanggungjawabkan dengan taklif serta syarat manusia itu sempurna.Hakikatnya,akal
amat berkait rapat dengan wahyu melalui konteks hubungan kerana saling
memerlukan antara satu dengan lain.
Wahyu merupakan anugerah Allah
S.W.T kepada golongan tertentu sahaja dan ia memainkan peranan yang penting
terhadap pemikiran akal manusia.Tanpa wahyu yang disampaikan melalui perutusan
nabi dan rasul,manusia akan pincang dan musnahlah masyarakat
seluruhnya.Datangnya wahyu itu daripada Allah S.W.T semestinya mempunyai hubungan yang rapat
dengan akal dalam setiap perkara dalam kehidupan manusia.
Istilah wahyu dapat diterangkan
dalam beberapa maksud bahasa dan istilah itu sendiri.Menurut pengertian
bahasa,wahyu ialah memberitahu sesuatu dengan segera.Dalam konteks lain,ia
membawa maksud segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya
dapat diketahuinya.Menurut pendapat Ibn al-Manzur,wahyu merupakan pemberitahuan
atau percakapan mengenai sesuatu perkara secara tersembunyi seperti melalui
ilham atau isyarat.Secara istilahnya dapat diterangkan bahawa wahyu merupakan
perkhabaran dan berita daripada Allah S.W.T kepada para nabi,sama ada mengenai
sejarah,cerita,hukum-hakam serta berita dengan cara yang samar-samar,tetapi
meyakinkan dan ia adalah benar-benar daripada Allah S.W.T.Jika dilihat secara
umum,akal dan wahyu merupakan dua istilah dan perkara yang berbeza dan tiada
kaitan antara kedua-duanya.Walau bagaimanapun,akal dan wahyu secara hakikatnya
mempunyai hubungan yang amat penting dalam memahami segala aspek kehidupan
manusia seperti akhlak,ibadah,muamalat dan lain-lain.Jika tidak ada salah satu
daripada akal atau wahyu,maka manusia akan berlaku kepincangan dalam hidup
mereka.
Sememangnya akal mempunyai hubung
kait dengan wahyu di mana wahyu yang diturunkan melalui perantaraan nabi dan
rasul menjadi pemandu kepada akal.walaupun sevara fitrahnya,akal dan tabiat
manusia dalah bersifat positif.Akal memandu diri manusia ke arah kebaikan dan
kemajuan baik daripada aspek jasmani mahupn rohani.Walau bagaimanapun,jika
fitrah akal yang positif itu dan iman yang suci tidak digunakan selari dengan
kehendak syarak,ia juga akan menjadi kotor.Natijahnya,akal juga turut menjadi
kotor dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menggunakan fitrah akal yang suci itu kepada
perkara-perkara kebaikan seterusnya menyimpang daripada landasan
kebenaran.Justeru itulah wahyu membimbing akal untuk terus kembali kepada fitrah
iaitu sentiasa positif dan memberi kemajuan jasmani dan rohani seterusnya
meneguhkan iman seseorang itu sendiri.Contohnya,wahyu membimbing akal dalam
memikirkan tentang ciri-ciri orang yang beriman,dalam usaha kearah kebaikan
dalam setiap perkara.~