Monday 30 January 2012

HATI dan TUHAN




Satu darah hitam yang beku, mempunyai bentuk yang tiada lainnya...serta tiada siapa yang menjadikan, membentukkan melainkan hanya ALLAH SWT. Dan diletakkan dengan MAHA ATURAN di sebelah kiri dada jasad manusia.....

~ IT IS “HATI” ~

Apa akan jadi jika hati itu kotor? Jasad akan rasa ditempiaskan sakitnya hati itu pada seluruh jiwa, akal, anggota, perasaan tak menentu, badan akan lemah, akal menjadi tenat, dan lidah akan merintih kepedihan......lalu semuanya menjadi MATI

~ IT IS “HATI”~

Apa sebab hati itu menjadi kotor? Apabila lidah merasai makanan yang kotor, apabila tangan mencapai makanan yang kotor dan tangan itu turut kotor, apabila akal terfikir untuk menggerakkan tangan untuk mencapai makanan yang kotor itu, dan apabila semua anggota jasad merelakan untuk perbuatan makanan yang kotor.....lalu semuanya menjadi MATI

~ IT IS “HATI”~

Lalu manusia seluruhnya mula menjaga kebersihan anggota, mencuci tangan, mencuci pakaian dan setiap luarannya supaya dapat menjaga kesihatan, tidak dijangkiti penyakit dan apa-apa yang membahayakan diri jasmani dan supaya mampu melakukan tugas-tugas harian dengan selesa....

CUBA KITA GANTIKAN “MAKANAN YANG KOTOR” DENGAN “KEMAKSIATAN”   

Imam al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani. “Aku hairan melihat sekalian manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal ALLAH hanya memandang hati mereka”

~ IT IS “HATI”~

Apa akan jadi jika hati itu kotor? Jasad akan rasa ditempiaskan sakitnya hati itu pada seluruh jiwa, akal, anggota, perasaan tak menentu, badan akan lemah, akal menjadi tenat, dan lidah akan merintih kepedihan......lalu semuanya menjadi MATI

Apa sebab hati itu menjadi kotor? Apabila lidah merasai makanan yang kotor KEMAKSIATAN, apabila tangan mencapai makanan yang kotor KEMAKSIATAN dan tangan itu turut kotor TERCELA, apabila akal terfikir untuk menggerakkan tangan untuk mencapai makanan yang kotor KEMAKSIATAN itu, dan apabila semua anggota jasad merelakan untuk perbuatan makanan yang kotor KEMAKSIATAN.....lalu semuanya menjadi MATI

~ IT IS “HATI”~

“Hati ibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan. Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.”
(http://nur07.multiply.com/journal/item/22/Hadis_Falsafah_-_Nilai_Seketul_Hati?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem)


3 comments:

  1. hati y kotor secara duniawi kita boleh lihat..hati y kotor untuk akhirrati..sentiasa mnjadi tnda tanya..hati kite masih suci dari bintik2 hitam dosa ataupun tidak?nauzubillah..

    dtg memberi skongan..follow d cni smbil berblogwalking:D

    ReplyDelete
  2. YA ALLAH...kami tidak dapat melihat hati kami sndiri..maka kami yg sntiasa mngotori hati ini, pandulah kami untuk mensucikan hati....

    syukran yee

    ReplyDelete
  3. jaga la hati kita insyaallah tidak akan dicemari kotoran:)

    ReplyDelete