Cuba bayangkan
....dalam satu malam yang gelap, di bilik atau di rumah, maka kita pun bangun malam.."oh, pukul 4 pagi baru, da lama rasanya aku tak menadah tangan tngah2 malam ni.." wudhu diambil, dari kepala hingga kaki. maka bertakbir lah dan sujud serta memaling kanan dan kiri sambil menyebut "assalamualaikum warahmatullah....." lalu, tangan diangkat, dan berkumat-kamitlah bibir mengucapkan sesuatu ...bila dilihat..eh, bercakap ngan siapa tu? bisik sorang2 pulak...eh,nape menangis tu? siapa yang buat dia? kan dia sorang2 tu...
Dan ditekup lah muka itu dan menyapu ke seluruh anggota badan..seolah-olah terhasilnya suatu cahaya yang membalut ke seluruh badan yang disapu itu....Nampak ke cahaya tu?
"Moga2 ALLAH makbulkan doa aku..."
DOA?
Apa sebenarnya rasa doa itu apabila dihayati? dirasai? bercakap sorang2 sampai keluar air mata?..dan lama-kelamaan apa yang diminta itu dapat !!!
Sebenarnya, mereka yang tidak mengenali apakah “DOA” itu akan turut tidakn membayangkan apa kah keyakinan yang mereka akan capai daripada hajat itu, dan lantaran itu lah muncul spekulasi-spekulasi tertentu yang mengatakan bahawa “alah, ko berdoa pun apa dapat…usaha saja lah yang penting..ko duduk 24 jam mengadap sejadah sambil menangis meminta-minta pun tak akn dapat juga kalau anggota ko tu tak bergerak langsung..ko tengok, orang-orang lain macam kawan kita tu, doa dia bukan kita nampak pun, tapi semangat dia bekerja tu yang kita tengok sekarang ni yang hebat…”
Suatu persoalan yang cuba difikirkan kita bersama. Doa dan usaha itu perlu lah bergerak dengan seiring supaya ianya dicapai atas perancangan manusia dengan izin ALLAH juga.Tetapi kebanyakan manusia dalam usaha seharian hidupnya (muhasabah diri sendiri juga) pernah kah kita memperuntukkan banyak masa juga kepada ALLAH? Apakah selama apa yang kita kerjakan seharian2 ini tidak lah lain dan tidak bukan hanyalah kita memperoleh rezeki2 daripada segala2nya yang ALLAH berikan kepada kita juga..
Tidak kah kita fikirkan bahawa bila kita mengerah keringat kita dalam usaha dan di sampng KETETAPAN DOA DALAM HATI kita itu lah pencetusnya kepada KEPEROLEHAN SESUATU KEIZINAN daripada ALLAH semoga apa yang usaha itu sampai kepada matlamatnya?
Tidak kah kita yakin dengan ayat-ayat ALLAH yang MUKJIZAT ini?
“Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. Dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya[769]. Dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka” (QS. 13 : 14).
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2 : 186).
Jika kita sekali lagi berfikir di mana kah kemamupuan diri kita sebagai manusia yang MENGHENDAKI sesuatu itu terjadiberbanding kuasa ALLAH yang MAHA BERHAK MEMASTIKAN SESUATU ITU MENJADI……dengan doa lah senjata bagi menggerakkan usaha kita supaya bermohon agar usaha itu menjadi matlamatnya.
Cuba kita bertanya dalam diri kita bersama…..”sejauh manakah hati aku dalam benar-benar meyakini KUASA DOA ini…..”
Setiap apa yang diciptakan itu ada falsafahnya tersendiri.....suatu hikmah yang tersembunyi dan hakikatnya dirasai apabila seseorang itu dapat mengalaminya sendiri. Dan bagi yang mengalami nya , dia lah yang layak menceritakan dengan apa yang dirasainya.....Jadi, apakah yang tersembunyi di sebalik DOA?
1. Dengan doa itu menunjukkan rasa penyerahan diri manusia kepada ALLAH bahawa tidak lain melainkan ALLAH yang MAHA BERKUASA dalam mengizinkan atau tidak mengizinkan sesuatu itu kerana manusia merancang dan ALLAH juga merancang, dan ALLAH adalah SEBAIK PERANCANGAN.
2. Suatu “tali ikatan” yang berhubung dalam menguatkan hubungan manusia dengan ALLAH dan menunjukkan sememangnya hati ini hanya beriktikad bahawa hanya kepada ALLAH tempat memohon segala sesuatu.
3. Dalam usaha kita merendahkan diri kepada ALLAH ketika berdoa, ia menunjukkan bahawa kesetiaan kita dalam beribadah dan menjalankan urusan harian kita atas redha dan rahmat ALLAH kerana sikap rendah diri dan tidak sombong kepada ALLAH SWT
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (QS. 40 : 60).
4. Dengan berdoa, setiap kehidupan mendapat “perhatian” daripada ALLAH kerana amalan kita yang sentiasa mengutamakan ALLAH dalam memohon dan berusaha ke atas sesuatu, maka ALLAH akan mengutamakan dan mempermudahkan urusan kita dalam kehidupan seharian.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2 : 186).
Dan berbagai-bagai lagi yang kita dapat peroleh dengan da ini.
Dalam sebuah link ditulis:
"Selain akan memberikan ketenangan, doa juga akan menghidupkan gairah batin dalam aktifitas otak manusia, dan terkadang pula akan menggerakkan hakikat kepahlawanan dan keperkasaan. Doa akan menampakkan karakternya dengan indikasi-indikasi yang sangat khas dan terbatas dalam diri setiap orang. Doa akan menampakkan kejernihan pandangan, keteguhan perbuatan, kelapangan dan kebahagiaan batin, wajah yang penuh keyakinan, dan potensi hidayah. Demikian juga, ia menceritakan tentang bagaimana menyambut sebuah peristiwa. Ini semua merupakan wujud sebuah hazanah harta karun yang tersembunyi di kedalaman ruh kita. Dan di bawah kekuatan ini, hatta orang-orang yang mempunyai keterbelakangan mental dan minim bakat sekalipun, akan mampu menggunakan kekuatan akal dan moralnya dan mengambil manfaat yang lebih banyak darinya. Ironisnya, di dunia kita ini sangatlah sedikit orang-orang yang mengenal hakikat doa."—sumber dari:
Bila dikaji dan diungkap dalam alam ini, tidak lari daripada sikap manusia yang meyakini sesuatu yang bersikap tampak dan jelas dengan mata kasar baru lah ianya diyakini. Maka kebanyakan kepada perkara2 yang bersifat metafizik tidak lah dipandang serius dan hanyalah dianggap sebagai perkara yang enteng. Bila dikaitkan dengan hal perihal doa yang termasuk dalam suatu yang bersifat jangkauan dalam iktikad dalam hati. Maka itulah sebab kehadiran ayat-ayat al-Quran beserta hadis2 Nabi SAW untuk membimbing manusia dalam mengenali ALLAH melalui ciptaanNYA dan lain-lain lagi di mana menguatkan lagi keimanan kita kepada ALLAH.
No comments:
Post a Comment