1. Antara
mukjizat Isa AS ialah dapat mengubati segala jenis penyakit yang tidak mampu
diubati termasuk menghidupkan orang yang telah mati kerana orang-orang pada
masa itu hebat dalam ilmu perubatan tabi’e dan mereka juga adalah ahli
falsafah. Maka, mukjizat sedemikian Isa AS tiba di mana ia tidak dapat
diketahui oleh mereka untuk mempertikaikan kemampuan tersebut.
2. Walau
bagaimanapun, Rinan (ahli falsafah dan Sejarawan Perancis) mengatakan bahawa
orang-orang Yahudi tidak mengetahui tentang ilmu perubatan tabi’e.
-Perubatan
di dunia Timur pada zaman itu sama sahaja keadaannya dengan kini
-Orang2
Yahudi di Palestin jahil berkenaan ilmu tersebut yang diusahakan oleh Yunani
sejak 5 abad sebelumnya.
-Tetapi
mereka(Yahudi) jahil berkenaan isi kandungan buku perubatan tersebut. Maka
pengetahuan mereka tentang ilmu perubatan pada masa itu adalah jahil sama
sekali.
-Jadi
menurut Rinan, sebenarnya hujah bagaimana mukjizat Isa AS tersebut ialah kerana
mukjizat2 tersebut sesuai dengan masyarakat pada masa itu.
-Bukan
kerana mereka ahli perubatan, sehinggakan mukjizat tersebut harus dikaitkan
dengan pengubatan penyakit. Tetapi, mereka sudah dikuasai dengan fahaman
ketiadaan roh dalam alam ini. Maka, kedatangan Isa AS untuk memperbetulkan
kepercayaan mereka dengan mukjizat tersebut-bukti jelas tentang alam
rohani-kehidupan-kehancuran tubuh jasad yang dicantumkan kembali dan lain2.
SIKAP
YAHUDI TERHADAP DAKWAH ISA AS
1.
Nabi Isa AS
diutus dengan membawa tanda2 kebesaran Tuhan, dan risalah2nya serta dikuatkan
dengan mukjizat yang memutuskan pengingkaran orang2 yang mengkafiri.
2.
Namun, kaum yang
dihadapi oleh baginda merupakan keras kepala dan degil terhadap seruan yang
dibawa lalu menjadi satu tugas yang berat untuk baginda menyedarkan kaum
tersebut.
-Ada
yang menganggap agama hanya suatu pekerjaan dan tradisi yang diamalkan dalam
kehidupan yang tidak ada pun bersangkutan dengan kerohanian ketuhanan.
-Maka
apabila Isa AS datang membawa ajaran penyucian hati dengan amalan-amalan
kerohanian seharian, maka sudah tentu menjadi tentangan mereka yang sudah
sebati dengan ajaran nenek-moyang mereka.
3.
Kaum Bani Israel
memeluk agama Musa AS dan Nabi2 sesudahnya, maka timbul suatu perasaan
keunggulan dan bongkak pada kehebatan kaum mereka.
-Menganggap
kedudukan kaum mereka melebihi kaum2 bangsa yang lain
-Isa
AS datang untuk menjelaskan persamaan taraf dan darjat dalam konteks manusia
yang hidup bersama di alam dunia ini.
-Oleh
sebab itu seruan Isa AS kepada kaum tersebut ditentang kerana seruannya
menggugat kedudukan tinggi mereka.
-Yahudi
menghasut, tipu muslihat orang lain untuk membenci Isa AS serta mengancam
baginda.
-Sementara
Isa AS menyusupkan kebaikan dan budi pekerti, Yahudi membuat fitnah
besar-besaran dalam berbagai kes kepada penguasa Rom sehinggakan Rom
terpengaruh dan perintah tangkapan dan penyaliban Isa AS.
AKHIR
HAYAT ISA AS
1. AlQuran=
Tuhan tidak mmbenarkan Yahudi dapat membunuh Isa AS, tetapi diselamatkan
daripada usaha mereka.
-yang dibunuh adalah yang wajahnya mirip
dengan Isa AS, menurut penglihatan mereka.
-Riwayat mengatakan wajah miripnya itu
adalah Judas(yang menunjukkan jalan bagi membunuh Isa AS sedangkan ia tidak
dikenali pun oleh Yahudi berkenaan).
-Judas menurut tanggapan Yahudi adalah
anak murid Isa AS.
2. Injil
Barnabas menyebut=
-Ketika Romawi dan Yahudi sedang
menghampiri tempat Isa AS,maka baginda mendengar akan nya semakin dekat.
-Isa AS melarikan diri dengan ketakutan
ketika 11 yang lain masih tidur.
-Tuhan melihat bahaya tersebut, lalu
menyuruh Jibril, Mikail, Rufail(Israfil), Adriel(Izrail) untuk mengambil Isa AS
dari dunia dan mereka datang mengambilnya dari tingkap yang menghadap selatan
dan terus ke langit ke-3 bertemankan malaikat2 lain yang mensucikan Tuhan
-Judas datang ke bilik dan terus tidur
di tempat tidur Isa AS dan Tuhan
melakukan keajaiban dengan mirip Isa AS.
3. Jika
tidak disalib?
-Sebahagian berkata Tuhan mengangkat
tubuh, roh dan jasad bersama2.
-Ahli Mufassir berkata Isa AS tetap
hidup sehingga dimatikan sepertimana nabi2 lain. Rohnya diangkat kepada Tuhan
sepertimana nabi2 lain.
4. Ada
yang mengira bahawa baginda berhijrah ke India, hidup dan wafatnya di sana.
-Tidak ada sumber yang benar untuk
dipegang.Yang penting kita percaya Isa AS tidak disalib dan hanya mirip sahaja
disamakan dengan seseorang yang lain.
No comments:
Post a Comment