Thursday, 20 June 2013

RESPON KE ATAS PENULISAN BRON TAYLOR “MENEROKAI AGAMA, KEHIDUPAN DAN BUDAYA- PERMULAAN JURNAL UNTUK PENGKAJIAN AGAMA, KEHIDUPAN DAN BUDAYA” Mark I. Wallace

1.0              KONSEP KEHIDUPAN, AGAMA DAN BUDAYA
Dalam menghuraikan konsep kehidupan, agama dan budaya tersebut, seharusnya ketiga-tiga perkara ini perlu difahami bahawa ia saling berkait antara satu sama lain dalam matlamat mencapat matlamat kehidupan yang sempurna. Hal ini kerana, individu yang hidup dalam sebuah sosiologi masyarakat yang sama akan menghasilkan berbagai-bagai corak budaya yang berlaku dan bergerak secara tidak langsung dan tanpa disedari.
            Schelling dan golongan Romantisisme yang lain memberikan pandangan bahawa makna kehidupan yang paling mendalam terletak pada benda yang mereka sebut ‘semangat dunia’. Dalam sudut pandangan yang lain menurut Hegel, beliau juga menggunakan istilah ‘semangat dunia’ tetapi membawa huraian yang berlainan menurut beliau. Apa yang dapat difahami menurut Hegel, ‘semangat dunia’ yang dihuraikan merujuk kepada campuran segala ungkapan atau pernyataan manusia, kerana hanya manusia yang mempunyai ‘semangat’. Daripada sudut itu, beliau dapat bercakap tentang kemajuan semangat dunia sepanjang sejarah. Sungguhpun begitu, ia perlu difahami bahawa penjelasan beliau adalah berhubung kait antara  kehidupan manusia, pemikiran manusia dan budaya manusia (Jostein Gaarder 2006: 286).
            Memperincikan beberapa aspek penting dalam konsep kehidupan, manusia semestinya tidak boleh lari dan mengelakkan diri daripada berhubung dan berkomunikasi dengan masyarakat yang lain dalam mencapai suatu matlamat yang dirancang. Tamahan pula, kehidupan manusia bukan hanya terbatas hubungannya dengan manusia semata-mata, akan tetapi alam sekitar turut memainkan peranan yang penting dalam melengkapkan rantaian hidup manusia itu sendiri.
            Falsafah China memberikan tumpuan kepada perkara berkaitan hubungan sesama manusia. Kung Fu Tze atau Konfucianisme menekankan keperimanusiaan dan maruah diri. Falsafah ini menekankan hubungan baik sesama manusia serta kesopanan dan kesusilaan. Mo Tzu atau Mencius menolak falsafah Konfucianisme. Mereka berpandangan bahawa alam sekitar mampu membentuk akhlak manusia atau sebaliknya. Mereka juga menekankan bahawa manusia perlu menjaga keharmonian alam sekitar dan masyarakat dan Mencius juga bertentangan dengan Legalisme yang berpandangan bahawa hanya undang-undang sahaja yang mampu membina dan membentuk akhlak dan tatatertib manusia (Zulkifli Yahya T.t: 26).
            Membahaskan perbincangan berkenaan agama dalam aspek hubungan bersama kehidupan dan budaya, aspek ini merupakan suatu perbincangan yang sangat ketara antara keselarian yang dibawa oleh wahyu dan perbincangan-perbincangan oleh beberapa ahli falsafah. Sungguhpun begitu, ketidak selarian ini dapat dilihat melalui perbahasan-perbahasan yang ditonjolkan oleh ahli falsafah bukan Islam sementara ahli falsafah Islam berhujah dengan membawa keseragaman dalam penghujahan mereka yang mana pada dasarnya meletakkan wahyu sebagai kekuatan dalam perkara-perkara yang dibahaskan.

            1.1       Akal dan Wahyu
Istilah wahyu dapat diterangkan dalam beberapa maksud bahasa dan istilah itu sendiri.  Menurut pengertian bahasa, wahyu ialah memberitahu sesuatu dengan segera. Dalam konteks lain,ia membawa maksud segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat diketahuinya. Menurut pendapat Ibn al-Manzur, wahyu merupakan pemberitahuan atau percakapan mengenai sesuatu perkara secara tersembunyi seperti melalui ilham atau isyarat. Secara istilahnya dapat diterangkan bahawa wahyu merupakan perkhabaran dan berita daripada Allah S.W.T kepada para nabi,sama ada mengenai sejarah,cerita, hukum-hakam serta berita dengan cara yang samar-samar, tetapi meyakinkan dan ia adalah benar-benar daripada Allah S.W.T.Jika dilihat secara umum, akal dan wahyu merupakan dua istilah dan perkara yang berbeza dan tiada kaitan antara kedua-duanya. Walau bagaimanapun, akal dan wahyu secara hakikatnya mempunyai hubungan yang amat penting dalam memahami segala aspek kehidupan manusia seperti akhlak,ibadah,muamalat dan lain-lain. Jika tidak ada salah satu daripada akal atau wahyu,maka manusia akan berlaku kepincangan dalam hidup mereka.
            Hubungan akal dengan wahyu itu ialah sebagai pembantu dan memandu akal untuk memenuhi tuntutan agama dan keduniaan atau membetulkan kesilapan yang dibuat melalui keputusan akal semata-mata. Ekoran daripada fitrah akal yang bersifat positif dan sentiasa terdorong ke arah kebaikan itulah mendorong jasmani dan rohani untuk berusaha untuk memenuhi tuntutan agama dan keduniaan tersebut. Walau bagaimanapun, jika usaha-usaha ke arah kebaikan tersebut yang dipimpin oleh akal tidak dilakukan dengan cara yang sepatutya,maka akan berlaku kepincangan dalam akal yang berfikir kerana tiada wahyu yang memandu akal supaya berada sepanjang jalan yang lurus sedangkan wahyu itu sendiri merupakan sumbernya adalah daripada Allah S.W.T. Apa yang penting di sini ialah wahyu membimbing akal agar tidak terpesong dalam memenuhi tuntutan syarak supaya jasmani dan rohani sentiasa bersih dan suci dalam melaksanakannya.Tambahan pula wahyu ialah sesuatu hakikat yang mutlak kerana ia datang daripada Allah S.W.T,ia suci dan benar serta terpelihara.

            Emmanual Kant, salah seorang tokoh Fenomenalisme pernah menyebut tentang istilah ‘das Ding an sich’ iaitu berkenaan sesuatu perkara dalam diri sendiri. Walaupun beliau menolak pandangan bahawa manusia dapat memperoleh pengetahuan yang jelas tentang rahsia alam yang terpendam, tetapi beliau mengaku ada sejenis ‘kebenaran’ yang dapat dijangkau oleh manusia yang mampu merentas keterbatasan akal manusia itu sendiri (Jostein Gaarder 2006: 286).

RESPON KE ATAS PENULISAN BRON TAYLOR “MENEROKAI AGAMA, KEHIDUPAN DAN BUDAYA- PERMULAAN JURNAL UNTUK PENGKAJIAN AGAMA, KEHIDUPAN DAN BUDAYA”
Mark I. Wallace
Dalam artikel Mark I Wallace yang membincangkan berkenaan ke atas penulisan Taylor berkenaan “Menerokai Agama, Kehidupan dan Budaya” dalam isu yang sulung dalam jurnal beliau, penulisan Taylor tersebut merupakan pengkajian terhadap tiga perkara utama dalam jurnal tersebut iaitu agama, kehidupan dan budaya. Beliau telah membuatkan kes jurnal tersebut sebagai rujukan intelektual tanpa mengawal batasan-batasan yang memisahkan fenomena agama.        Di samping itu, beliau juga membawa pembaca-pembaca kepada jurnal untuk menggunakan pendekatan ilmiah yang sangat meluas untuk memahami hubung kait antara apa-apa yang kita fahami untuk menjadi dimensi kehidupan manusia dan budaya beragama yang asli.
2.1       Konsep Teologi
Umunya mengetahui bahawa teologi membahaskan ajaran-ajaran dasar daripada suatu agama. Setiap individu yang mahu mengetahui selok-belok agama tersebut perlu mengetahui asas dan dasar teologi terlebih dahulu untuk mengelakkannya menghukum sesuatu agama dan budaya masyarakat tersebut secara membuta tuli. Seseorang individu yang telah mengetahui teologi secara dengan mempelajarinya secara mendalam boleh mendapatkan keyakinan yang kukuh dalam beragama. Individu tersebut mampu tidak mudah diperdayakan oleh zaman yang sering berubah. Hal ini kerana, setiap tingkah laku dan geraknya sering dilandaskan pada keyakinan yang dijadikan falsafah hidupnya (Tsuroya Kiswati T.t: 14).
Walau bagaimanapun, di sebalik mesej Taylor untuk keterbukaan dan dialog, beliau meletakkan disiplin teologi sebagai suatu perspektif luaran daripada pengkajian liberal. Sebenarnya, pendapat Wallace yang mengkaji penulisan Taylor tersebut, Taylor mendakwa bahawa memasukkan hal teologi dalam sesebuah penyiasatan merupakan suatu tindakan yang salah. Teologi merupakan suatu yang ganjil menurut analisis beliau. Pada pandangannya, teologi merupakan satu perbahasan yang lemah dalam disiplin-disiplin yang meluas: sepertimana dalam bidang evolusi biologi, ilmu-ilmu pemikiran, keadaan geografi budaya dan lain-lain lagi yang diperlukan secara meluas dalam disiplin-disiplin dalaman pengkajian.
Perkara ini sebenarnya bertentangan dalam prinsip Wallace ketika meletakkan definisi agama. Beliau berpandagan bahawa agama merupakan suatu kepercayaan makna terakhir dalam alam semesta. Pandangan beliau selari dengan apa-apa yang dihujahkan oleh E.S.P Haynes dalam konteks definisi agama. Bagi John Morley, agama merupakan perasaan tentang kekuatan-kekuatan tertinggi yang menguasai nasib manusia. Dalam suatu pandangan lain oleh James Martineau, beliau mendifinisikan agama sebagai kepercayaan tentang Tuhan yang abadi, iaitu tentang jiwa dan kemahuan Ilahi yang mengatur alam semesta dan berpegang kepada hubungan-hubungan moral dengan umat manusia (Nurcholish Madjid 1987: 112).
Bagi Taylor, teologi merupakan suatu yang membingungkan dalam pengkajian agama, kehidupan, dan budaya. Usaha-usaha berpengaruh oleh ahli-ahli teologi terdahulu dan kontemporari seperti Friedrich, Otto, Moltmann, John Cobb dan McFague membantu melicinkan kemunculan pengkajian tersebut. Tetapi pada hari ini, teologi tidak dapat bertahan lama dalam kelompok dasar pembudayaan dalam pemahaman agama. Dalam reaksi terhadap jurnal sebelumnya, Taylor menulis bahawa jurnal sebelum ini terlalu mengurung dan beliau tidak akan mengubah sesebuah jurnal dengan  perkataan ‘teologi’ dalam tajuknya. Beliau menggambarkan teologi sama ada atau tidak diletakkan bersama ekologi, menganggap dan mencari untuk memahami Tuhan dalam sesetengah perkara. Ia mengandaikan, banyak perkara tentang sifat realiti yang tidak jelas bagi orang-orang yang tidak mempercayainya dan diakui tidak disahkan secara empirikal.
Taylor menggunakan teologi untuk mewajarkan Jurnal tersebut dan memajukan pandangan perspektif beliau. Permasalahannya ialah apa-apa yang dilabelkan Taylor ke atas teologi tidak selari terhadap apa yang telah dilakukan oleh ahli-ahli teologi atau yang dilakukan mereka pada hari ini pada titik kajian agama, kehidupan dan budaya. Secara mudahnya beliau menetapkan pandangan bahawa teologi merupakan kajian sistematik ke dalam erti kata Tuhan atau erti kesucian dalam komuniti manusia yang berbeza budaya.
Fokusnya kepada wacana-wacana berkenaan apa-apa sahaja  tentang masyarakat anggap untuk menjadi 'baik' atau 'kuasa' yang lebih besar atau lebih daripada diri mereka sendiri. Apabila Al Gore menegaskan bahawa pemanasan global pada terasnya adalah permasalahan rohani, Dalai Lama berkata intipati agama Buddha adalah bukan keganasan terhadap semua makhluk, atau Obama mengisytiharkan bahawa semua orang mempunyai Tuhan yang diberikan hak untuk kebahagiaan, tugas teologi adalah untuk mengkaji makna dan kepentingan tuntutan tersebut menggunakan alat dan pandangan yang ditempatkan di dalam akademi, komuniti agama, dan budaya yang lebih luas.
Sebenarnya, masyarakat dan agama adalah saling berkait rapat. Kehidupan yang berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan suatu perkara penting dalam kehidupan sosiologi. Pembinaan sifat seperti ini pada diri masyarakat sangat berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima, manakala kepercayaan masyarakat merujuk kepada kehidupannya sebagai masyarakat beragama.
Peranan agama dalam membentuk pandangan menyeluruh sesebuah masyarakat seterusnya perilaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya begitu penting. Daripada beberapa perkara tersebut memperlihatkan bagaimana agama mempunyai perkaitan yang rapat dengan tamadun-tamadun masyrakat sebagaimana yang digambarkan dalam tamadun-tamadun silam seperti Mesir Purba, Hwang Hee dan lain-lain lagi. Kemunculan taamdun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan menyeluruh dan nilai kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika ini. Bukan itu sahaja, perkara ini dapat dilihat sendiri kepada peninggalan bangunan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.
Sungguhpun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi kuat oleh agama sebagaimana tamadun Barat moden yang cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakatnya. Oleh hal yang demikian, Wallace berpandangan bahawa teologi adalah analisis wacana tentang kepercayaan asas dan amalan norma yang mendasari seseorang dan kumpulan tertentu. Ia memang berfikiran luas dan tidak mengandaikan mengenai sama ada wujud Tuhan atau tidak. Ia adalah metodologi agnostik dan tidak menentang golongan reduksionis atau ahli-ahli naturalis teori agama. Dua bidang yang luas dalam pengkajian teologi pada persimpangan agama, kehidupan dan budaya menandakan hubungan dan kepentingan teologi, kepada persimpangan:
1.      Banyak kerja-kerja yang lebih baik dalam teologi Kristian dan Yahudi tidak mengandaikan kewujudan Tuhan dan sekali gus menggunakan andaian tersebut kepada displin pengkajian ringkas. Memperlihatkan usaha Slavoj Zizek sebagai intipati kes. Dalam ‘Boneka Dikenali Teologi’, tajuk pembukaan kepada The Puppet and the Dwarf , Zizek berhujah bahawa hanya satu-satunya cara untuk memahami Kristianiti adalah melalui cara pengkajian material dan kehidupan di mana pendekatan ini merupakan kesedaran yang terbaik melalui satu kesesuaian pengalaman Kristian.
Wallace memberi ulasan bahawa teologi Zizek adalah kritikal untuk sebuah pentafsiran menyeluruh bagi makna agama dalam pengkajian agama dalam kehidupan dan budaya.

2.      Usaha sementara dalam teologi Pagan- mengkaji bahawa dakwaan untuk menjadi kedua-dua teologi dan naturalistik- menekankan sebuah lagi permasalahan teologi yang ditinggalkan oleh Taylor. Penentangan beliau antara teologi dan fahaman naturalisme dipatahkan oleh kajian-kajian terkini tentang sistem-sistem dasar kepercayaan alam kuno yang meliputi kalangan animisme China, Shinto Jepun, shamanisme Amerika Selatan, pengibadatan Amerika India, fahaman spirit Afro Amerika, vernakular Hinduisme dan fahaman neo-Pagan moden.
Satu contoh jenis teologi Pagan ialah melalui buku Micheal York yang sama nama dengan Teologi Pagan yang mana tidak merupakan sebuah pandangan yang sempit untuk mengandaikan kepercayaan beragama, tetapi sebuah pemerihalan tebal yang menumpukan bidang kepercayaan Pagan. Teras sistem kepercayaan Pagan ditemui, dalam suatu situasi etika pemerhatian. Sekiranya terdapat konsep atau praktikal yang merangkumi identiti Paganisme, ia merupakan sambutan pengamalan. Fahaman Pagan memandang daripada sudut manusia, alam semulajadi dan apa sahaja yang boleh dijadikan sebagai penyembahan.
Dikatakan, teologi berdasarkan sambutan dalam kepercayaan Pagan dan praktikalnya pada kemungkinan dengan sesetengah bentuk teologi doktrin monotestik kerana objek pantulannya, yang dinamakan Paganisme lebih berorentasikan praktikal berbanding pemusatan kepercayaan. Teologi pagan, merupakan sebuah latihan yang lebih cenderung berunsurkan praktikal berbanding teologi usul penghayatan sahaja. Sebaliknya, usaha York adalah untuk menganalisis penemuan-penemuan kognitif dan konseptual terhadap apa yang dimaksudkan oleh beliau sebagai sebagai tunjang perasaan ‘penyambutan’ yang mendasari tradisi-tradisi beragama di seluruh dunia.
Oleh itu, Wallace membuka persoalan-persoalan yang dilihat terhadap penulisan tersebut. adakah Taylor bermaksud untuk mengecualikan usaha-usaha seperti Zizek dan York, atau adakah beliau tidak menganggap usaha-usaha mereka ke arah ‘teologi’ di sebalik tajuk-tajuk beliau yang digunakan oleh pengkaji-pengkaji tersebut untuk kajian mereka juga. Kajian Zizek dan York menelusuri kepercayaan teologi alam dalam fahaman Kristian dan Pagan yang akan meneguhkan lagi kajian jurnal. Teologi mempunyai satu peranan yang penting untuk dimainkan dalam pendekatan dasar kehidupan dan budaya untuk memahami agama, atau apa-apa yang berlawanan dengan polemik Taylor.
Akan tetapi dalam pengkajian Wallace tersebut, Taylor mahu mencadangkan bahawa para pengkaji agama seharusnya mengandaikan penerangan ahli-ahli pengkaji alam berkenaan kepercayaan beragama sebagai satu jenis andaian dalam fahaman Atheis, mengapa tidak dibiarkan terbuka persoalan tentang supernatural atau asal-usul agama? Wallace berharap bahawa pengkaji-pengkaji yang menimbulkan pengkajian-pengkajian bidang agama, kehidupan, dan budaya  tidak akan menjadi seketuhanan beberapa ahli-ahli teologi yang lalu telah melindungi bidang tertentu dalam penyiasatan daripada penularan pihak luar yag bertanyakan soalan-soalan yang menjangkau beretentangan dengan kebijaksanaan yang diterima.

No comments:

Post a Comment