10 JUN 2011
"Ngah, tolong laa...kaki ayah dah merekah tu, ko bawak je gi hospital..kalau jage kat umah pun mana ada peralatan macam kat klinik tu..." suara kakak dari gagang telefon UIA gombak mendesak angah kerana tak tahan melihat keperitan kaki ayah sampai tak boleh berjalan...akhirnya, kami akur dan membawa ayah ke hospital untuk pemeriksaan.
---------dah agak dah, kompem kena tahan------------------------
---------dah agak dah, kompem kena tahan------------------------
tak pe lah ayah, adik jage lah....malam2 pun adik tdur sini jugak macam dulu" nasihat aku supaya dapat tenteramkan ayah yang sememangnya tak suka duduk hospital, tapi apa kan daya, bukan tak nak jaga..cuma tak lengkap ubat macam kat hospital..maka HOSPITAL SABAK BERNAM MENJADI DESTINASI PERTAMA.....menolak kerusi roda ayah, membawa ke bilik air, mengelap badan pagi2 dan lain.semuanya itu dilakukan bergilir-gilir dan bertukar ganti menjaga ayah.namun rekod kesihatan seolah-olah buruk ,kandunagn darah semkain rendah dan kadang-kala ayah sesak nafas pada jam 4 pagi...sehinggalah~
14 JUN 2011 5.00 petang
"Doktor.....doktor....!! tolong cek ayah saya jap" panggil ibu kerana kali ini ayah sesak nafas yang agak teruk...kandungan darah semakin rendah.
"suami awak nie dah rosak buah pinggang sebelah..dan mengalami pendarahan dalam usus..sebelum ni awak ade appoinment yang tak pergi ke? ini sebab kita ade kan pemeriksaan buah pinggang..tengok sekarang dah rosak" jelas Doktor itu..."tym tu saya ade kursus guru, dan adik2 saya kerja dan belajar. tak ada siapa yang dapat hantar. dan kami tak sangka pula jadi serius macam ni.." kesal angah sambil melihat ibu yang dah lama menangis sambil mengurut-urut dada ayah...
"Jadi, ayah awak kena dibawa ke Klang sebab di sini tak ada doktor pakar....." dengan segera jam 7 malam ayah dibawa dengan van kecemasan diiringi ibu dan kami bertolak dengan kereta tetapi pulang ke rumah dahulu untuk mengambil pakaian...
"aku dah agak dah ngah, mesti da kena bawak klang punya..." sambil bersembang dalam perjalanan bersama abang aku membelah malam.
"assalamualaikum ustaz, saya ust faiz. saya nak mintak cuti kecemasan esok boleh ust? sebab ayah saya sakit kencing manis....haa?? apa?? owwh..kami dalam perjalanan ke hospital kelang...ok2 ust insyaALLAH , trima kasih ust, asslamaulaikum...." tit!
"macamana nak contact ibu, dik..ibu dah la tak de handset..adui...Ya ALLAH, bantu lah kami...." kereta terus laju ke klang dan terus menuju ke HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG...
sampai di sana, kami terus mencari ibu yang tak tau ada kat mana..."kita terus ke bahagian KECEMASAN"....maka kami bergegas mencari kalau-kalau ada kelibat ibu kat situ, terus masuk ke wad ZON KUNING (separa kritikal)..........ALHAMDULILLAH ayah ada kat situ.ayah mengangkat tangan kpada kami.....YA ALLAH nasib baik jumpa..rasa nak mengalir air mata tengok nasib macam ni ..tapi malu lak kat tengah2 orang ramai....tapi, mana ibu??
"Ngaaaahh!!".........kami menoleh ke belakang, terkejut melihat ibu meluru mendapatkan kami dengan muka keletihan "nasib baik la, jumpa..hadui tak tau lah nak jumpa siapa..ibu tak tau pulak yang ko nak ikut..." muka ibu risau bercampur letih.." laa, kan kitorang da cakap nak ikut naik kereta. " balas angah sambil lap peluh ibu.."abis, sekolah ko camne esok?"..."tak pe..ngah da mintak cuti dah..." lega hati ibu akhirnya dapat jumpa kami di dalam hospital yang besar tu....."nak tido mana malam ni??" ibu membuka soalan ketika berjalan menaiki kereta untuk solat dan makan."tido dalam kereta je lah, bu...nanti malam2 ngah tengok2 kan ayah.tengah kritikal ni doktor tak bagi kacau, macam tadi kitorang kena halau sebab ganggu.." ibu pun diam....
dalam hati aku, mula termenung....Hai, sampai bile laa ayah kat sini....YA ALLAH.....
(bersambung.....)
No comments:
Post a Comment