"Ibu, dah la tu. kalau asyik nangis je lagi la tak semangat ayah tengok..." pujuk yang lain sambil memegang bahu ibu. Sambil menyeka air mata ibu mencelah, " ibu yang tak sampai hati tu bila ayah ko cakap 'kalau tahun ni tak larat pergi Mekah, ganti lah dengan kakak, atau upah orang lain'..ibu nak gi ngan ayaah..!!" raung ibu di luar wad sambil mengesat mata yang tak henti2 mengalirkan air. Sementara itu, kaki ayah yang dibedah tempoh hari , dikorek buku lali itu dibalut dan dicuci pada setiap pagi untuk dijaga kebersihannya.
Masing-masing termenung memikirkan nasib ibu. Yela, mana tak nya, ini lah peluang pertama ibu dapat kumpul duit ngan ayah untuk mendaftar lagi bagi haji, setelah tahun2 sebelum ni ditolak dan tak dapat..kalau kali ni dapat, tapi ayah sakit, maka tak dapatlah lagi mengangkat kaki menjejak di bumi an biya; tu....kami faham~ " sabar lah bu, insyaALLAH kita semua berdoa...dan perancangan baik itu hanya bagi ALLAH...." masih memujuk........
* * *
Hari ini, ibu kat rumah, angah dan kakak kerja...maka tinggal lah aku sorang menjaga ayah. memandang ayah yang memakan roti hospital yang sememangnya tahu, faham2 je lah makanan orang kencing manis, "apa pun tak bleeyy" ....selesai makan, maka doktor2 datang seperti biasa melihat perkembangan buku lali ayah yang dibedah....tapi hari ini lain dari yang biasa...Muka mereka nampak berkerut dan memusing belakang berbincang satu sama lain...Nape pulak ni?? aduuii~
"Melihat perkebangan kaki pesakit ni, ayah awak amat sensitif untuk makan2 selain dari apa yang kita beri. Dan kita lihat terdapat sel-sel mati kat buku lali mula tumbuh pada luka. ini sebab penjagaan kebersihan dan faktor pemakanan juga..Kencing manis ni sensitif dik...kalau kita tak buang, ia akan merebak dan jika ia merebak ke dalam tulang , lagi bahaya dan akan dipotong....jadi sebagai pencegahan awal, kami minta kerjasama wakil untuk membenarkan kami menjalankan cucian sel-sel mati, buku lali ni akan kita buka sikit dan kais sel-sel mati ...itu je..sakit sikit je.."
Aku bangun dan merasa tak selesa, memandangkan aku dah lihat ayah dah mula tak nak...." memandangkan operation ayah saya dulu, dia mengadu yang pada tempoh hari terlalu sakit walaupun dah di bius..macam mana ni doktor?? macam mana dengan jaminan"
Kesian doktor tu aku pressure dia, "kami buat yang terbaik dan ini untuk kesihatan ayah awak juga...baik lah, kami akan penuhi permintaan awak dengan menambah bius yang secukupnya..." nasihat doktor tu.
Aku lihat sendiri bagaimana doktor itu menggunakan pisau tajam untuk membuka kulit kaki ayah dan mengais sel-sel mati....aduuihhh!!! YA ALLAH, periiit....aku menoleh ayah di sebelah dan melihat mulut ayah terkumat-kamit berselawat dan memejam mata erat2 menahan peritnya kaki dibedah lagi....
Huuuuuhhh...Haaahhh....ayah masih tabah meneruskan perjuangan dan dalam masa yang sama doktor itu khusyuk membuang kekotoran pada kaki ayah yang dirasakan bakal mengundang yang lebih buruk lagi pada masa akan datang jika tidak dicegah....."sikit lagi ye pak ciik..." pujuk doktor itu memaksa senyum kepada ayah..Aku faham bahawa tugas mereka bukanlah mudah dan memerlukan keringat yang banyak demi membantu masyarakat.
Setiap pekerjaan di dunia ini merupakan fardhu kifayah dan ada kalanya fardhu ain, ini menunjukkan bahawa ALLAH meletakkan bahawa manusia adalah aset dalam melaksanakan setiap pekerjaan yang bermanfaat kepada masyarakat dan setiap kelemahan pada sesuatu bidang akan dirujuk kepada pakar dalam bidang tersebut dan begitulah seterusnya menunjukkan bahwa manusia saling mempunyai kelemahan dan memerlukan antara satu sama lain. Maha Hebat ALLAH mentadbir alam semesta dan segala isi di langit dan bumi......
"fuuuuuhhh....pak cik, dah selesai~" keluh doktor itu setelah selesai membalut kaki ayah dan proses pembedahan sel2 mati selama lebih setengah jam itu....."pak cik, jaga pemakanan dan kesihatan. Kencing manis ini amat bahaya....dan selepas ini pada hari2 lain kita akan cek keadaaan usus dan buah pinggang ...kalau elok, dalam 2 minggu lagi kita akan bawa pulang..tapi kalau pak cik tak jaga, kami terpaksa tahan lagi lah.Ini kena ada dalam diri pak cik sendiri motivasi untuk berubah...memang kita tidak menafikan, ROKOK membawa tiga serangkai dalam penyakit sekali ia menyerang... kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang...bila mula kencing manis ia akan kesan pda buah pinggang yang tak boleh mampu nak proses air, sebab terlalu tinggi gula dalam badan....kencing manis juga akan sekali dan seiring dengan darah tinggi dan asap rokok ini lah akan menyebabkan luka pda usus pak cik yang berdarah tu serta jantung yang tak seimbang....ingatlah pak cik ye...." nasihat doktor itu penuh simpati dan berlalu meninggalkan kami....
* * *
Setelah 23 hari berlalu dan ayah telah pun dibawa ke rumah, kadang-kala asyik termenung bila duduk2 minum petang di pangkin dapur......mengenang nasib selama ini yang perit jerih di Hospital.
Ini kena ada dalam diri pak cik sendiri motivasi untuk berubah...memang kita tidak menafikan, ROKOK membawa tiga serangkai dalam penyakit sekali ia menyerang... kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang...bila mula kencing manis ia akan kesan pda buah pinggang yang tak boleh mampu nak proses air, sebab terlalu tinggi gula dalam badan....kencing manis juga akan sekali dan seiring dengan darah tinggi dan asap rokok ini lah akan menyebabkan luka pda usus pak cik yang berdarah tu serta jantung yang tak seimbang....ingatlah pak cik ye..
Kami berasa bersyukur kepada ALLAH....ALLAH masih menghendaki hajat ibu untuk bersama ayah ke Mekah dan mudah2 an ALLAH memberi kemudahan pada kami, pada mereka dan pada kita semua...
suasana HTAR, KLANG yang diambil dari tingkat 5
Antara kakitangan hal ehwal Islam HTAR yang melawat dan menerangkan kaifiyat solat ketika sakit.
Keadaan kaki selepas pembedahan pertama
rawatan cucian dan balutan harian
susana yang suram dan penuh penantian....
YA ALLAH, ENGKAU MAHA BERKUASA ATAS SETIAP SESUATU...ENGKAU YANG BERHAK MEMBERI KESAKITAN DAN ENGKAU JUGA YANG BERKUASA MENYEMBUHKAN KESAKITAN...YA ALLAH, DENGAN UJIAN YANG MENIMPA INI, TITIPKAN LAH HATI KAMI AGAR SENTIASA BERSYUKUR KEPADA MU YA ALLAH...SELAMA KAMI DI HOSPITAL, TIDAK LAH KAMI BERPUTUS ASA MELAINKAN HANYA MEMINTA-MINTA PADA MU YA ALLAH AGAR MEMPERMUDAHKAN URUSAN KAMI....
YA ALLAH, JAUHKAN LAH KAMI DANBERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK MENJAUHI PERKARA2 YANG MEMBAWA KEPADA PENYAKIT, BINASA, DOSA2 KECIL MAHUPUN BESAR ...KAMI TAHU YA ALLAH...KEPERITAN INI MERUPAKAN ANTARA UJIAN DAN PENGAJRAN YANG ENGKAU BERIKAN TIDAK LAH LAIN MELAINKAN UNTUK MENDIDIK AKAL FIKIRAN KAMI UNTUK BERPUTAR MENCARI HIKMAH DI SEBALIK APA YANG ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI.....KERANA ENGKAU LAH MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA......amiin~
No comments:
Post a Comment