Lama-lama jadi sayu juga bila terbaca tajuk 15: ALLAH AKAN MENGGANTIKAN YANG LEBIH BAIK karangan Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam penulisannya: LA TAHZAN~ Dalam karya teesebut beliau merungkai beberapa penulisan yang apabila diperhati dan dihayati, inysaAllah hati akan terketuk menegenangkan sesuatu dalam diri kita seperti mana yang dapat dipetik dalam karya beliau:
"Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantikan nya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya...."
Ambil sedikit masa kita sekalian (muhasabah diri juga) untuk kita berhadapan atau mengalami atau mendengar situasi seperti ini....
(sekadar hiasan..sumber:http://www.google.com.my/search?q=orang+menangis)
- "aduh.....dah usaha dah result stil rendah..letih jugak nak usaha camne lagi ni.....fed-up pun ada"
- "rasa dah takde daya lagi dah nak teruskan hidup ni bila ibu dah takde....ibuuuu~ kalaulah ibu ada lagi......."
- situasi dalam suami isteri...." saya dah fed-up hidup susah dengan abang macam ni tau tak!! bosan!! awak tu tak mampu nak tanggung keluarga lagi!! hari-hari hidup susah macam ni......hhhhhiiiisssyyhhh!!!
Selalu juga kita kadang-kala merempan atau terlalu sedih yang melampau terhadap sebarang perkara buruk yang berlaku dalam hidup kita....sedarkah kita bahawa adakalanya ALLAH mahu menguji hidup kita.......
"Dialah yang Maha Kuasa yang berbuat sekehendak-Nya."
(surah al-Buruj ayat 16)
seperti mana yang diterangkan lagi dalam karya beliau dirumuskan bahawa kita juga dapat melihat situasi seperti ibu yang mencuba dirinya untuk bersabar di ats kehilangan anaknya, segala kesabaran itu...YAKINLAH~HIKMAH TERDAPAT DI SITU JIKA KITA MEMAHAMINYA......
adalah lebih baik jika sesuatu yang berlaku ke atas kita...kita menyambutnya dengan ucapan innalillah wa inna ilaihi rajiuun...
Segala yang berlaku itu yakinlah bukanlah Allah membenci kita...tetapi Allah menyayangi kita dengan diberikan ujian sedemikian..lalu kita bersabar dan redha, IMAN itulah HADIAH bagi kita membawa menuju ALLAH untuk menjadi bekalan dan harapan kita untuk menggapai syurga Allah SWT.....
"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan"
( surah Ra'd ayat 24)