DOOOOOMMM!!!.........Kemungkinan beginilah bunyi kuat daripada tanah runtuh yang menggelongsor di Rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Hulu langat serta "memeluk" sebuah khemah yang dipasang untuk sebuah majlis pada jam 5 petang sebelum tragedi tersebut berlaku pada 2.30 petang tersebut (berdasarkan media).........
Tambahan daripada media
http://www.malaysiakini.com/news/164742
memberitahu bahawa usaha masih dijalankan dalam mencari beberapa mangsa yang masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut.
Dalam melihat dan merenung kepada tragedi tersebut, ambil sejenak masa kita untuk difikir dan muhasabah....Allah menjadikan sesuatu itu ada hikmah disebaliknya. Allah tidak memberatkan manusia itu (dengan ujian) melainkan manusia itu mampu (tabah) menempuhinya.....Mereka itu jiwa yang kuat insyaAllah..dan setiap ujian yng ditempuh diucapkan dengan Inna Lillah wa inna ilaihi Rajiuun....Kunci ini lah menjadikan bertambahnya dan meningkatkan iman manusia di sisi Allah. Mereka meredhai setiap apa yang berlaku itu adalah kekuasaan Allah dan hikmahnya?-----ketabahan mereka itulah kunci keimanan dalam menuju keakraban kepada ALLAH....
Mereka itu diuji dengan keadaan yang yatim..dan mereka redha serta tidak putus asa dalam meneruskan hidup-terus menerus melaksanakan perintah Allah..meneruskan hidup dalam keadaaan tiada bapa atau tiada ibu dan bapa....dan Allah menguji lagi supaya dianugerahkan "hadiah" itu sebagai bekalan menuju kepada ALLAH SWT......sebagaimana dalam firman ALLAH dalam surah al-Kahfi ayat 44:
"Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)."
..Renungkanlah untuk muhasabah diri kita semua......Sayangnya Allah pada hamba-hambaNya...
*al-fatihah--moga roh mereka ditempatkan bersama para shuhada' dan bersama para solehin.....*
"Allahumma Fighrlahum war hamhum wa'afihim wa'fu'anhum"
No comments:
Post a Comment