" Haa...tak terlepasnya kita dari pandangan Allah..." aku tersedar dan tersentak. Laa, tertidur rupanya aku. Sedap pulak bersandar kat tiang ni. Nasib baik kat koridor luar huhu...aku mengesat mata mendengar semula isi kuliah yang disampaikan oleh imam. Mamai jugak subuh-subuh nie huhu...toleh kanan, ustaz rahman masih khuyuk berzikir sambil memetik butir-butir tasbih sambil matanya dipejam dan telinganya mendengar juga kuliah subuh pagi itu...
"Allah itu Maha Melihat..Mana boleh Allah terlepas dari memandang hambaNya, memerhati setiap masa, setiap ketika dan Dia juga Maha Melihat setiap makhluk dari jasmani serta rohani dan jiwa sekalian makhluknya.....inilah MURAQABAH"
Terbuka mata aku sekali lagi mendengar setiap butir ceramahnya pada pagi yang hening itu. terus aku membuka mata. Kali ini tak nak TERtidur lagi......
Ceramahnya menyayat hati apabila makmum mendengarnya. Beliau menerangkan betapa hebatnya Allah jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain....."tidak takut kah kita jika setiap maksiat yang kita lakukan masih ada yang memerhati, walaupun kita lari ke mana tempat pun yang tersembunyi......Allah mengurniakan berbagai-bagai nikmat untuk menguji iman hambaNYA sama ada syukur atau kufur.."
Betul sahabat-sahabat sekalian, jika dibandingkan kasih sayang TUHAN dengan manusia...amat jauh-jauh sekali berbeza. Setiap masa dan ketika TUHAN "memerhati" kita, "membantu" kita apabila diuji. "mengingati" kita untuk memeberikan kita apa yang terbaik untuk kita....diuji kita dengan dengan diberikan segumpal nyawa -adakah ianya berdenyut untuk setiasa menginati TUHAN. Diuji kita dengan kemampuan bernafas-adakah sepanjang nafas yang mampu menggerakkan anggota tubuh ini digunakan untuk bertahajud, tangan yang memetik-metik jari memuji TUHAN....bibir dan lidah yang basah dengan "ALLAH~"........
Bila direnung dan dikenang lagi, kita masih belum layak untuk mengatakan hati kita bahawa " Aku rasa layak, yakin aku ke syurga.." jika setiap anugerah yang diuji ini masih belum dibalas dengan kesyukuran kepada Allah SWT.
"Terima kasih ya ALLAH~terima kasih ya ALLAH~"
TUHAN, kami sentiasa lemah dalam kehdupan ini.....ampunkanlah kami TUHAN, kami hanya berharap dengan Rahmat dan Kasih sayang MU, maka dapatlah kami ini melangkah ke syurga dengan penuh syukur....merintih merayu kami hanya pada Engkau Ya ALLAH.....wahai TUHAN yang memiliki segala-galanya..............
teringat aku pada kata-kata Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam "La Tahzan...."
"Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekelililng anda. Dan janganlah termasuk dalam golongan....."
-Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya....-
(an-Nahl:83)
No comments:
Post a Comment