Allah~Allah~Allah~
Bila dikenang kembali cerita itu..pasti kita berasa sedih dan terus bersyukur mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT. berterus-terus nikmatNya terus dianugerahkan kepada manusia tanpa rasa jemu demi menguji keimanan manusia apakah balasannya "syukur" atau "kufur"....
Termenung juga bila mengenangkan suatu hari aku membetulkan motor di salah sebuah bengkel berlabel "Atan Motor". maka keluarlah seorang pomen dengan keadaan bertongkat sebelah dan tempang menyorong motor aku masuk ke dalam bengkel untuk diganti tayar belakang akibat bocor. Melihat keadaannya susah menyorong motor yang berat akibat terpaksa mengepit tongkatnya lagi sehingga berpeluh-peluh, aku pun bangun untuk membantu menyorong motor itu bersama.
melihat anaknya girang mengacau bapanya itu membuatkan aku pun tersenyum sekejap..sepanjang dia membetulkan motor tersebut,aku pun bersembang2 sikit nak menhilangkan bosan dan sunyi...
aku: Atan, u biasa bukak bengkel kol bape?
atan: ala,dalam tengahari bkak la woo..malam da penat tutup lepas isyak
aku: ooo penat tu,yela u pun keje sorang kan
atan: ini pun boleh la dapat sikit duit wat belanja anak-anak kecik.2 orang.ini pun u tengok aa...sihat saja.tapi dia sakit woo..orang kata hyper active.kita hidup mana kaya.bukak sewa bangunan bengkel mahal.habis2 bulan habis gaji jaa...ada la sikit simpan2..lagi mau amik pekerja lagi susah mau bayar.
aku :bagus r u atan..u boleh survive dan berdikari
atan : aku aaa...bersyukur juga pada Tuhan kira kehidupan aku yang skang ini pun lagi baik dari dulu.kalo dulu hidup manyak susah. ini pun kaki sebelah belum elok.tempang.tapi boleh juga berjalan..
aku terus diam dan mematikan perbualan memandangkan dia pun jawab tercungap-cungap penat.menahan kaki sakit.betulkan motor lagi sambil berpeluh-peluh.
Dari situ aku pun terkenang...masih ada lagi yang lebih susah tapi mereka tetap bersyukur...dia (atan) merasai nikmat Islam selepas dia muallaf...Allah memberi kehidupan yang lebih baik daripada sebelum itu...betapa Allah amat menyayangi manusia..dan ujian itulah menguji kita semua sama ada balasannya "syukur" atau "kufur" ...bila kita rasa mengeluh atau kecewa atas kesusahan yang berlaku..kenangkanlah semula..bukan Allah menguji kita kerana membenci kita....tapi, bila kita masih tabah dan bersyukur, maka "hadiah" Allah di akhirat kelak sangat besar dan berharga..kerana Allah dan kita saling menyayangi.......Allah~
No comments:
Post a Comment