6 Mei 2011
"Boleh ke bob?" khamis terus mendesak aku dengan penuh harapan. "sebab dah tak de orang dah nak jadi hakim..ala tolong-tolong diorang, kita pun tak wat pe habis exam nie.baik kita ke sana..." tambahnya. Aku dengan rasa serba salah mengangguk kan kepala. Betul juga, balik pun ahad.Ini pun sabtu sehari je..Aku terus menelefon kawan-kwan yang lain untuk turut serta sama. dan pastinya 7.00 pagi esok mesti ada kat masjid ukm.
7.00 mei 2011
alamak! bahana tidur lepas subuh,dah terjaga jam 7 suku sebab khamis dah ada kat bilik aku.malu juga rasanya...terus juga aku bersiap-siap berkumpul di hadapan masjid ukm sebelum bertolak bersama sahabat-sahabat lain.-destinasi Maahad Tahfiz Hulu Langat. walaupun berbagai halangan dan "ujian" namun dapat juga kami sampai ke sana serta disambut dengan salam dan jabat tangan bersama pihak pngurusan tahfiz tersebut. Sementara para hakim muslimat dari kawan aku juga menjadi hakim di tmpat lain untuk pertandingan dalam kalangan muslimat hafizah
Berbagai-bagai acara dipertandingkan seprti sepak takraw, bola sepak, serta acara dalaman seperti azan, khutbah, hafazan, pidato dan syarahan serta nasyid.
Dalam pertandingan dalaman tersebut aku bersama kawan-kawan lain yang turut menjadi hakim melihat dan memerhati setiap gaya persembahan dari wakil-wakil Maahad Tahfiz dalam sekitar daerah Hulu Langat.
" kita harus mengenang..sejarah perjuangan Rasulullah SAW pada zaman baginda yang mempunyai duagaan lebih berat ...dan inilah pengorbanan baginda semata-mata untuk Islam selamanya!....." antara beberapa butir isi daripada peserta khutbah.......beberapa peserta muazzin yang menyertai pertandingan azan sedang tekun mendengar sedikit komen serta kata-kata motivasi daripada hakim.
Sepanjang hari tersebut, persembahan yang ditunjukkan oleh peserta-peserta sangat hebat dan berpotensi dalam membawa imej Islam pada masa hadapan. Jika dilihat daripada sudut lain...kita kembali merenung sejenak, adalah suatu kebesaran dan kesyukuran kerana jika dilihat manusia hari ini (bermuasabah diri sendiri) yang penuh dengan kelekaan ..hanyut dengan pergaulan bebas...ia menunjukkan bahawa jauhnya kita dari hati ini mengingati TUHAN.....ALLAH~tetapi Allah masih menyayangi hambaNya..dikurniakan golonga-golongan soleh dan para hufaz seperti ini untuk membawa imej mereka dan tokoh mereka yang hebat.membawa "khazanah" dan "sunnah" tersemat dalam jiwa mereka untuk membimbing kita kembali kepada Allah...Sayangnya Allah pada kita~
Jika direnungkan lagi..mereka (golongan daie) menjadi bakal ilmuan2 Islam pada masa akan datang...marilah kita bersama-sama berdoa agar dikuatkan iman kita..menjad seperti golongan soleh..yang sentiasa memegang dan menggenggam "khazanah" itu...baik dari imej keterampilan luaran mahupun dalaman....
Harapan ini, moga-moga kita sentiasa tidak lari daripada pandangan Allah SWT ....kerana itulah kasih sayangNYA sentiasa "memeluk" jiwa kita setiap denai kehidupan.......YA ALLAH, bantulah kami.....amiin~
No comments:
Post a Comment