Thursday 14 July 2011

23 Hari Penuh Keperitan.....(Part 2)


16 JUN 2011

"ayah, ayah tak boleh minum air. Doktor suruh puasa"..pujuk aku melihat ayah meronta-ronta nak capai air mineral di sebelah katil.."dah, 3 hari dah tak minum langsung..mana laa ayah larat~" keluh ayah bila melihat aku mengambil air tu dan menjauhakan darinya. Nak buat macam mana, kalau ayah minum..tak boleh lah nak jalan dialisis nanti. Dah lama ayah merenung air tu, lama-kelamaan ayah terlelap. Adui, kesian ayah....tak boleh2.kena tegas~

8.45 malam."pak cik, pak cik..nak buat dialisis ye...." nurse mengejutkan ayah yang baru 10 minit tidur. Ayah mengangguk tanda setuju. " ayah awak ni kan kena kencing manis, buah pinggang dan pendarahan usus, jadi kita nak buat ujian pembersihan darah buah pinggang" tambah nurse.

Maka dibawa lah mesin apa dialisis yang hampir sebesar mesin ATM tu. dan dicucuk jarum di sebelah buah pinggang ayah.....Aaaarrgghhh!! ayah mula mengerang kesakitan bila jarum mula menusuk masuk ke pinggul ayah. Aku dah jadi tak sampai hati lalu menutup mata berdoa.....Ya ALLAH, permudahkan lah urusan ayah ku~

***
Setiap hari tidak dilupakan untuk diambil darah ayah untuk dilihat perkembangan kesihatan ayah dan setiap kali tusukan jarum itu lah membuatkan ayah memejam mata erat-erat, mengerang dan tangan berpaut kuat pada baju aku....




Lawatan daripada rakan-rakan dan saaudara-mara tak pernah putus dan mendoakan agar ayah sentiasa sihat seperti sedia kala. Moga ALLAH membalas dengan kehendakNya kerana doa2 mereka amat besar bagi mendidik motivasi kami.

"Assalamualaikum..." sap seorang wanita dan lelaki dewasa kepada katil ayah.."waalaikumusalam" dan salam dihulur serta disambut dengan salam dan senyuman. " kami ni dari wakil hal ehwal Islam HTAR dan kita datang ni nak melawat pesakit-pesakit Islam untuk kita bertanya kabar dan perkembangan"...terang wanita itu kepada kami.



Mereka turut menerangkan bagaimana kaifiyat solat dan mengambil wudhu' cara orang sakit. "InsyaALLAH pak cik, walau bagaimana cara sekali pun ujian ALLAH pada kita, namun amanah solat itu lah menunjukkan bahawa kita hamba yang mencari kesetiaan kepada ALLAH.." 
..terang dua orang itu dengan teliti.  Ya betul, ALLAH menguji hambaNya itu untuk melihat sejauh mana tahap kesyukuran hamba itu kepadaNya......

Selesai sedikit sembang, dan buah tangan dihulur kepada ayah serta harapan dari pihak HTAR moga2 ayah cepat sembuh....

YA ALLAH...tabahkan lah hati kami melalui ranjau2 dan ujian sepanjang kami di sini....Engkau lah Maha Sebaik Perancangan....

                                    (bersambung)..

2 comments:

  1. cepat lah sambung ngee!

    (blog hebat? hebatlah sangat T__T)

    awak yang hebat bob. tabik springggg :D

    ReplyDelete
  2. huhu...insyaALLAH kak, t saya sambung...say blajar dari akak yg dah lame lbih hebat :-)

    ReplyDelete